“Erti Pencinta Kucing Sebenar”- Wanita Bawa 100 Ekor Kucing Naik Lori Untuk Berpindah Jadi Perhatian [Video]
Menurut perakam video, jirannya itu membawa 100 ekor kucing tersebut menaiki lori untuk berpindah dari Ipoh, Perak ke Kedah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan orang ramai selain anjing, arnab dan sebagainya.
Malah sikap si bulus yang manja dan mempunyai keletah tersendiri membuatkan tuannya sering berasa gembira apabila berada dekat dengan mereka.
Bukan hanya itu, ada segelintir berpendapat si bulus ini sudah menjadi seperti sebahagian dalam keluarga selain menjaga kesejahteraan kucing agar ia sentiasa selamat, sihat dan gembira.
Wanita sanggup bawa 100 ekor kucing pindah rumah naik lori
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita terhadap semua kucing yang dipeliharanya.
Malah apa yang mencuri tumpuan wanita ini juga sanggup membawa semua kucing belaannya yang berjumlah 100 ekor untuk berpindah jauh.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @m.dan_22 dia awalnya telah berkunjung ke rumah wanita itu yang merupakan jiran untuk meninjau keadaannya yang ingin berpindah.
Banyak sangkar dan kucing telah berada depan pintu untuk dibawa berpindah
Sebaik sampai, dia kemudian melihat banyak sangkar telah berada di depan pintu dan sedang menunggu giliran untuk diletakkan dalam sebuah lori.
Dalam lori berkenaan turut dapat dilihat sekitar tiga ke empat sangkar yang besar berisi kucing telah diletakkan dalam kenderaan berkenaan.
Dalam video tersebut, kelihatan kesemua kucing yang dibela terdiri daripada pelbagai warna dan jenis, malah kesemuanya dilihat sihat. Difahamkan wanita berkenaan berpindah dari Perak ke Kedah.
“Tengok jiran nak pindah.. 100 ekor kucing (pindah) dari Ipoh, Perak ke Kedah. Penuh satu lori,” katanya, diruang kapsyen.
Kucing kebanyakan diambil dari pasar
Menerusi ruangan komen, perakam turut memaklumkan kucing yang berada di dalam video sahaja sudah mencecah sekitar 96 ekor dan masih ada beberapa ekor kucing lagi yang tinggal di dalam rumah.
Dia juga turut memuji jirannya itu seorang yang hebat malah sangat sayangkan kesemua kucing yang dipelihara.
Bukan hanya itu, apabila ada yang meminta salah seekor dari si comelnya dia juga enggan memberikannya.
Ada juga individu mendakwa wanita dikenali sebagai Kak Nora itu hanya mengambil kucing terbiar yang berada di pasar.