fbpx
Now Reading
“Kita Jumpa Di Syurga” – Baru Sahaja Umum Berita Gembira Hamil Kembar 3, Kieda Crepe Alami Keguguran [Video]

“Kita Jumpa Di Syurga” – Baru Sahaja Umum Berita Gembira Hamil Kembar 3, Kieda Crepe Alami Keguguran [Video]

Sekitar Julai lalu, Kieda membuat pengumuman berhubung kehamilannya yang ketiga setelah lima tahun penantian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehadiran cahaya mata merupakan satu momen yang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Ini kerana kehadiran mereka menyerikan lagi mahligai rumah tangga yang dibina.

Oleh sebab itu, majoriti suami isteri akan berasa teruja menyambut kedatangan si kecil walaupun ada yang telah memiliki anak sebelum ini.

Dalam pada seseorang menanti detik kelahiran anak tersayang, ada di antara mereka yang diuji dengan ujian berat iaitu keguguran.

Hamil Kembar 3, Alami Keguguran Ketika Usia Kandungan Cecah 10 Minggu

Baru sahaja berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya, usahawan manisan Kieda Crepe kali ini berkongsi kisah kegugurannya pada trimester pertama.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @kiedacrepepenang, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd menunjukkan rakaman imej ultrasound yang memaparkan keadaan janin dalam perutnya.

“Terima kasih triplet ibu hadir dalam rahim ibu walaupun cuma 10 minggu 6 hari, kita jumpa di syurga nanti ya?” tulis Kieda menerusi video tersebut.

@kiedacrepepenang

It hurt 💔 Semoga diri ini kuat. @AMY KIEDA MERCHANDISE 😭

♬ original sound – Anxiety core – anxietycore5

Hadir Untuk Jalani Pemeriksaan Janin

Menerusi video berasingan, Kieda mendedahkan dia pada mulanya telah hadir ke klinik berkenaan bagi menjalani pemeriksaan perkembangan janin dalam kandungannya.

Ini kerana menurut Kieda, kali terakhir pemeriksaan yang dilakukan pada minggu lepas mendapati kantung bayi kedua dan ketiganya tidak menunjukkan perkembangan yang baik.

“Hari ni kita datang bawa keluarga untuk check up (pemeriksaan) bayi. Kita nak tengok juga perkembangan baby kedua, ketiga sebab masa Kieda scan (imbas) last week, kantung baby nombor dua dengan nombor tiga sama besar tapi makin mengecik.

“Kantung tu, yolk tu tak menjadi, sekarang ni kita nak tengok sama ada dia betul-betul mengecil atau dia maintain (kekal).

“Kalau ada rezeki, ada lah triple, kalau tak de rezeki, satu pun dah besar rahmat,” kata Kieda.

Tiada Degupan Jantung Bayi Dikesan

Kongsi Kieda lagi, hasil pemeriksaan tersebut mendapati jantung bayi dalam kandungannya tidak dapat dikesan berbanding sewaktu dia menjalani pemeriksaan minggu lalu.

Malah, Kieda turut mendedahkan rahimnya berada dalam kedudukan terbalik.

Ini menyebabkan dia perlu menghadirkan diri selepas dua minggu bagi mengetahui keadaan bayi dalam kandungannya itu.

Alahan Semakin Hilang

Namun, sudah menjadi ketentuan, bayi dalam kandungannya hanya mampu bertahan selama 10 minggu enam hari.

Malah, Kieda juga turut mendedahkan alahan yang dialami olehnya terhenti selepas tiada degupan jantung yang dikesan pada bayi dalam kandungannya itu.

“Patutla alah makin hilang, rupanya jantung baby dah stop (henti), anak-anak ibu dah tinggalkan ibu,” tulis Kieda.

@kiedacrepepenang

Replying to @Eryna_Al 💕 Allah sebaik-baik perancang🤲🏻 semoga ada keajaiban🩷 @Klinik Myfamily Penang

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Perkongsian Khabar Duka Undang Pelbagai Reaksi

Perkongsian oleh Kieda nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata bersimpati dan turut sama sedih atas kejadian yang menimpa dirinya.

Malah, ada juga yang meminta agar Kieda tabah dalam menghadapi dugaan yang diuji oleh Allah.

Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang merasakan Kieda terlalu awal dalam mengumumkan berita kehamilannya.

Ada juga yang berpendapat mungkin rutin melakukan kerja berat pada awal kehamilan menjadi punca kandungannya itu tidak dapat bertahan.

Kieda Tepis Dakwaan Setengah Pihak

Walau bagaimanapun, dalam satu rakaman siaran langsung, Kieda menepis tanggapan setengah pihak dan mendakwa ia adalah suratan Maha Esa.

Dia juga turut menyatakan akan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran.

“Tapi yang ini pengajaran juga buat Kieda, andai kata lepas saya mengandung lepas ni, saya tak kongsi dengan orang.

“Kieda cuma teruja sebab perjuangan Kieda untuk dapatkan anak nombor tiga ni, semua orang tengok. Saya suka kongsi sebelum ni apa benda saya makan untuk saya hilangkan PCOS, Cyst.

“Anak saya kuat je dalam rahim. Bukan sebab pergi mandi, bukan sebab kerja, bukan. Doktor pun kata bukan, ini semua kuasa Dia.

“Tapi orang komen macam saya pula nak bunuh anak. Mana ada saya bunuh anak, saya beli suplemen mahal-mahal untuk anak nombor tiga ni. Saya beli macam-macam suplemen yang kuatkan rahim,” kata Kieda.

Sebelum ini, Kieda pernah membuat pengumuman berhubung kandungannya pada Julai lalu setelah lima tahun penantian.

@yanaamer99

Stay strong kak kieda semoga dipermudahkan segala urusan kita tgol live dia kita sekali sedih🥲#kiedacrepe #semogacepatsembuh #semogakuathadapinya

♬ bunyi asal – Sis Yana – Sis Yana

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Allahu Kieda, Semoga Kuat Semangat, Syurga Buat Triplet Kieda”

“Jangan Dengar Cakap Orang, Siapa Depa Nak Lawan Kuasa Tuhan, Semoga Kieda Kuat Hadapi Segalanya”

“Allahuakbar, Semoga Kuat Akak”

“Takziah, Rehat La, Pantang Gugur Kena Betul-Betul, Insya-Allah Ada Rezeki Di Lain Hari”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.