“Pi Belajar Balik” – Tindakan Penunggang Motosikal Selamba Masuk Bulatan Tanpa Berhenti Dulu Jadi Perhatian [Video]
Menerusi video berkenaan, penunggang motosikal dilihat turun daripada kenderannya sebaik menyedari hampir dilanggar kereta tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pengguna jalan raya bukan sahaja perlu mematuhi undang-undang malah dinasihatkan agar sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.
Ini kerana sikap mementingkan diri boleh menjadi antara punca berlakunya insiden yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Walaupun seseorang telah berhati-hati, ada ketikanya insiden jalan raya tidak dapat dielak akibat daripada sikap pentingkan diri segelintir pemandu.
Tak Berhenti Sebelum Masuk Bulatan, Motosikal Nyaris Dilanggar
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok di akaun @merrr_ua, pengguna itu berkongsikan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta ketika melalui satu bulatan yang terletak di kawasan Elmina Green, Shah Alam semalam (14 Ogos).
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan seorang penunggang motosikal dilihat dengan selamba masuk ke dalam bulatan sewaktu kereta itu sedang berada dalam roundabout (bulatan) tersebut.
Penunggang motosikal itu dipercayai langsung tidak menekan brek apatah lagi berhenti. Sebaliknya, terus masuk ke dalam bulatan.
Malah, dapat dilihat mereka hampir berlanggar sesama sendiri namun pemandu kereta itu sempat memberhentikan kenderaannya.
Siap Berhentikan Motosikal, Macam Nak Ajak Gaduh
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah tindakan penunggang motosikal berkenaan yang secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta itu.
Dia turut dilihat turun daripada motosikal berkenaan seolah-olah tidak berpuas hati dan dipercayai mahu bersemuka dengan pemandu kereta berkenaan atas tindakan kereta itu yang dilihat hampir ‘mencium’ bahagian belakang kenderaannya.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wujudnya pergaduhan sesama mereka.
“Dah nampak ada kereta dalam bulatan, berhenti la dulu. Kalau dah langgar tadi, jadi banyak hal pula.
“Ini siap turun motor nak ajak gaduh ke? Tunggu laporan polis dari pemilik dashcam,” tulis pengguna TikTok berkenaan.
Difahamkan, rakaman video itu merupakan milik jirannya dan dikongsikan semula di platform itu sebagai peringatan.
Pengguna Media Sosial Berang, Mahu Penunggang Belajar Balik Undang-Undang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berang melihat tindakan penunggang motosikal berkenaan.
Mereka berpendapat dia sepatutnya berhenti terlebih dahulu ketika melihat kereta tersebut berada di dalam laluan bulatan itu.
Tidak kurang juga ada yang mengecamnya dan meminta agar dia mengikuti semula kelas undang-undang jalan raya.
Ada juga pengguna media sosial yang dipercayai tinggal di kawasan itu turut berkongsi kisah sama mengenai sikap segelintir pengguna jalan raya lain yang turut melakukan perbuatan sama seperti penunggang motosikal berkenaan.
Panduan Ketika Masuk Bulatan Yang Ramai Terlepas Pandang
Sekadar info, setiap pengguna jalan raya diingatkan bahawa pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding mereka yang berada di susur.
Untuk memudahkan pemahaman, kenderaan yang berada di sebelah kanan (dalam roundabout) perlu diberi keutamaan.
Oleh demikian, pengguna jalan raya yang berada di susur (belum masuk roundabout) perlu memberi keutamaan kepada mereka yang sedang menggunakan bulatan untuk membelok.
Apa yang paling penting adalah setiap pengguna diingatkan untuk memberi isyarat sebagai amaran kepada pemandu lain sebelum hendak memasuki bulatan.
Perlahankan kenderaan dan berhenti jika perlu serta pastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum masuk ke bulatan.
Selain itu, pastikan anda menggunakan lorong yang betul bagi mengelakkan insiden langgar belakang atau bergesel di bahagian tepi dengan kenderaan lain.
Berikut merupakan panduan menggunakan bulatan:
- Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam 12).
- Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.
SEMBANG TRAFIK PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT) Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday 2 May 2019
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dia Pula Rasa Tersakiti, Macam Tak Salah, Padahal Punca”
“Yang Lalu Straight Memang Selalu Buat Jalan Tu Macam Main Road, Padahal Tu Bulatan”
“Sebab Tu Pentingya Dashcam, Tak Payah Cakap Banyak, Cerita Balai Bang”
“Kena Belajar Balik Undang-Undang Jalan Raya Ni, Siapa Dulu, Siapa Kemudian”
“Banyak Orang Tak Faham & Peka Peraturan Bulatan”
Baca Artikel Berkaitan: “Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Terjatuh Akibat ‘Tank Slap’, Ramai Nasihat Jangan Lalu Atas Garisan Putih [Video]