“Alahai Macam Ketam”- Bas Bergerak Senget Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan bas berkenaan bergerak senget seperti ‘ketam’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perkhidmatan kenderaan awam seperti keretapi, MRT, LRT, bas dan sebagainya merupakan salah satu kemudahan yang sering digunakan oleh orang ramai.
Malah harga yang murah dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas membuatkan ia menjadi antara pilihan utama masyarakat.
Namun setiap kenderaan ini perlulah diselenggara dan perlu dipastikan berada dalam keadaan baik untuk digunakan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tak diingini kepada pengguna.
Bas berwarna kuning bergerak senget di jalan raya
Baru-baru ini, sebuah bas telah menjadi perhatian ramai apabila ia dilihat bergerak di atas jalan raya dalam keadaan yang membimbangkan.
Video yang dimuat naik oleh Suhaimi Amir menunjukkan bas berwarna kuning itu sedang bergerak dipercayai di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Bas itu dilihat bergerak dalam keadaan menyenget apabila sebahagian tayar di bahagian belakang berada di lorong kiri.
Pemandu sifatkan bas bergerak seperti ketam
Suhaimi yang dipercayai merupakan pemandu kenderaan yang berada di belakang bas terbabit mula berasa hairan sebaik melihat kenderaan awam itu.
“Bas yang senget ke aku yang senget ni. Alahai, macam ketam,” katanya dalam video tersebut.
Malah Suhaimi turut mempersoalkan bagaimana bas berkenaan masih boleh beroperasi kerana keadaannya dilihat kurang selamat.
“Bas macam ni pun lepas dan selamat untuk beroparasi ya,” tulisnya di ruang kapsyen.
Ada yang minta pihak berkuasa ambil perhatian
Melihat di ruangan komen, ramai yang bimbang apabila melihat bas itu bergerak senget dan meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil perhatian.
Ada yang berpendapat bas itu mungkin mengalami ‘centre pin patah’ dan tidak mengambil penumpang kerana lampu papan digital pada kenderaan tersebut tidak dinyalakan.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia seperti tidak selamat untuk digunakan.
Video memaparkan bas bergerak senget itu turut tular di X, dan segelintir pengguna ada menyentuh mengenai cermin ‘tinted’ yang disifatkan terlalu gelap dari had yang dibenarkan oleh JPJ.
Dengan keadaan bas macamni pun boleh lepas eh atas jalan raya 😅 pic.twitter.com/P4a5n2WKge
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) August 15, 2024