Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Hujan Lebat? Ini Penjelasan UAI [Video]
Menurut UAI, terdapat beberapa situasi yang membolehkan seseorang meninggalkan Solat Jumaat antaranya cuaca yang ekstrim seperti suhu terlalu sejuk 10°C dan ke bawah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap golongan lelaki yang merupakan umat Islam pasti mengetahui bahawa Solat Jumaat merupakan perkara yang wajib dilakukan.
Mana-mana individu khususnya lelaki yang sudah akil baligh adalah berdosa jika meninggalkan Solat Jumaat dengan sengaja.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat tertentu yang membolehkan seseorang meninggalkan Solat Jumaat contohnya uzur, bermusafir dan juga keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan seseorang meninggalkan Solat Jumaat
Buat mereka yang mungkin tidak tahu sebenarnya keadaan cuaca juga membolehkan seseorang untuk meninggalkan Solat Jumaat dan hanya melakukan Solat Zohor di rumah.
Perkara ini juga pernah dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam salah satu video kuliahnya.
Menerusi video yang dimuat naik di YouTube, terdapat individu yang bertanya kepada UAI adakah benar seseorang boleh meninggalkan Solat Jumaat jika berlakunya hujan yang lebat dan hanya mendirikan solat Zohor di rumah.
UAI lalu menjawab betul, dan memaklumkan jawapan tersebut bukanlah berdasarkan pandangan para ustaz tetapi ia adalah pandangan daripada ahli Fiqh (feqah).
Katanya lagi perkara itu turut disebut dalam kitab fiqh, dan mana-mana individu yang berkesempatan boleh membuat semakan mengenainya.
Cuaca terlalu sejuk, panas atau hujan boleh tinggalkan Solat Jumaat dan Solat Zohor di rumah
Antara situasi yang membenarkan Solat Jumaat itu ditinggalkan adalah seperti keadaan cuaca yang ekstrim contohnya terlalu sejuk seperti di beberapa negera iaitu Iceland, Norway, Sweden dan banyak lagi yang mempunyai suhu bawah 10°C.
“Atau terlalu panas, suhu 40-50°C bahaya untuk keluar rumah. Maka boleh tak Solat Jumaat. Atau angin yang sangat kuat, sehingga bukan hanya setakat kopiah terbang tetapi motosikal juga boleh terbang. Haa faham? Jadi boleh tak Solat Jumaat,” katanya dalam video tersebut.
Syarat jika hujan lebat tidak mempunyai pelindung dan boleh menyebabkan basah kuyup
Selain tiga situasi itu, seseorang juga dibenarkan meninggalkan Solat Jumaat sekiranya berlaku hujan yang sangat lebat dengan syarat dia tidak mempunyai pelindung.
“Ha syarat tu, jangan hujan lebat tetapi ada kereta. Perkara itu tidak boleh. Hujan lebat tak ada kereta.
“Jika motosikal akan menyebabkan seseorang basah. Faham? Jangan hujan lebat tetapi sebelah rumah je masjid tak pergi.
“Maksudnya hujan lebat bila kita pergi basah kuyup, bila basah kuyup dibenarkan kita tidak membasahkan diri dan mendirikan solat di rumah,” katanya lagi.