Kelantan Pernah Jadi Pusat Pelacuran Sehingga Digelar ‘Paris of Malaya’, Ini Kisahnya
Pusat pelacuran di Kelantan sangat berleluasa pada awal 1950-an, sehingga ada di antara pelacur yang dilatih sejak berusia 12 tahun lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kelantan merupakan sebuah negeri yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia dan kaya dengan sumber asli tempatan.
Masyarakat hari ini mungkin mengenali Kelantan sebagai sebuah negeri yang amat mementingkan ajaran agama Islam sehingga ia digelar Serambi Mekah.
Bagaimanapun, mungkin masih ada yang tidak mengetahui bahawa negeri itu pernah digelar sebagai ‘Paris of Malaya’ kerana menjadi sebuah pusat pelacuran popular di Tanah Melayu suatu masa dahulu.
Kisah hitam tentang negeri tersebut telah berlaku sekitar tahun 1950-an dahulu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Apa yang berlaku di Kelantan & kenapa digelar ‘Paris of Malaya’? Ini kisahnya
Sekitar dekad tersebut, tidak dinafikan pengajian ilmu dan sekolah pondok di Kelantan sangat berkembang pesat, tetapi aktiviti pelacuran pada masa itu juga sedang berleluasa.
Memetik forum CARI, pusat pelacuran di Kelantan sangat berleluasa pada awal 1950-an, sehingga ada di antara pelacur yang dilatih sejak berusia 12 tahun lagi.
Mereka ini bukan sahaja berasal dari Kelantan malah, seluruh Semenanjung Tanah Melayu (kini Malaysia).
Kahwin bawah umur dan cerai di usia muda jadi punca gejala pelacuran makin berleluasa
Difahamkan, perkara ini berlaku disebabkan perkahwinan bawah umur pada ketika itu dan perceraian di usia muda yang mendorong mereka untuk melakukan aktiviti sedemikian.
Nama ‘Paris of Malaya’ pula diberikan kerana ketika itu kota Paris di Perancis juga dikatakan menjadi sebagai salah satu pusat pelacuran yang terbesar.
Pun begitu, penduduk di Perancis amat marah apabila kota mereka disamakan dengan Kelantan, warga di sana mendakwa kawasan itu masih menjadi bandar yang mempunyai tinggi budaya.
Hal ini telah didedahkan oleh seorang pegawai kebajikan British yang dikenali sebagai Josephine Foss, beliau menyatakan ibu-ibu ayam yang menindas anak-anak gadis hingga menjadi pelacur akan mendapat ganjaran yang lumayan antaranya dapat tinggal di hotel mewah.
Bagaimanapun, kenyataan Foss ini ditentang oleh orang-orang Melayu pada ketika itu yang menganggap beliau sengaja ingin menimbulkan ketegangan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Nik Mohamed Ali pernah bincangkan isu pelacuran ini yang melibatkan kanak-kanak
Hakikatnya, perkara ini pernah dibincangkan dalam sidang dewan undangan negeri oleh Nik Mohamed Ali yang melaporkan isu pelacuran ini turut terjebak di dalam kalangan kanak-kanak.
Nik Mohamed mencadangkan agar pihak berkuasa (Majlis Agama Islam Kelantan) tidak menghukum para pelacur ini, sebaliknya memberikan mereka peluang pekerjaan lain bagi meraih pendapatan.
Cadangan ini kemudiannya dipersetujui oleh ahli politik dari Parti Perikatan (sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional), Yaacob Awang kerana beliau sendiri malu dengan gelaran Kelantan sebagai Paris of Malaya.
Yaacob turut menyalahkan para isteri kerana meminta cerai apabila bergaduh dengan suami.
“Pelacuran di sini menjadi semakin teruk. Di mana sahaja seseorang melintasi seluas negeri ini, seseorang akan menemui pelacur dari Kelantan,” katanya.
Pun begitu, pendapat Yaacob itu ditentang oleh isterinya, Che Halimah yang menyatakan dalam isu ini tidak boleh disalahkan wanita sahaja kerana lelaki sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menangani isu penceraian.
“Ramai wanita menjadi pelacur kerana mereka harus mencari sesuatu untuk hidup, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak dan telah diceraikan oleh suami mereka,” ujar Che Halimah.
Petikan ayat ini diambil dari laporan akhbar The Strait Times. Untuk membaca dengan lebih jelas berita tersebut, klik di sini.
Masalah salah laku seksual di Kelantan telah bermula sejak 1916?
Memetik journal yang ditulis oleh Haryati Hassan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pula, masalah salah laku seksual di Kelantan telah berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.
Artikel itu membincangkan mengenai pelacuran, khalwat dan bersekedudukan serta rogol dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan.
Penulisan itu ditulis dari perspektif sejarah sosial, memfokuskan tempoh masa 1916 sehingga 1941 berdasarkan analisis sumber primer seperti laporan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pejabat Balai Kelantan (PBK) dan Pejabat Menteri Kelantan (PMK) yang diperolehi di Arkib Negara Malaysia.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, perceraian, kemiskinan dan pendidikan yang tidak sempurna merupakan faktor yang telah menjerumuskan mereka ke lembah pelacuran.
PAS berjaya upah Kelantan dari ‘Paris of Malaya’ menjadi serambi Mekah
Namun, satu yang harus diakui, pentadbiran PAS berjaya mengubah gelaran Kelantan dari Paris of Malaya sehingga menjadi sebuah negeri yang mengutamakan Islam.
Antara sosok tubuh yang banyak berjasa mengubah persepsi tersebut tentunya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengutamakan dasar Membangun Bersama Islam di negeri serambi Mekah itu.