fbpx
Now Reading
“Kerugian Pada TNB” – Tular Wayar Stesen Pengecasan Kereta EV Persendirian Dipasang Sebelum Meter [Video]

“Kerugian Pada TNB” – Tular Wayar Stesen Pengecasan Kereta EV Persendirian Dipasang Sebelum Meter [Video]

Pemasangan tanpa melalui meter itu menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah terbabit tidak dapat direkodkan sekali gus menjadi satu kerugian buat syarikat elektrik terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Di Malaysia, boleh dikatakan kekerapan untuk melihat EV seperti Tesla atau BYD di jalan raya semakin tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Separuh Pemilik EV Di AS Ingin Bertukar Semula Ke Kereta Petrol & Diesel – Kajian

Kebanyakan orang berpendapat bahawa EV lebih mesra alam untuk digunakan berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti petrol dan diesel, namun kos bahan api dan elektrik ini tidaklah begitu berbeza.

Tular wayar stesen pengecasan EV di rumah dipasang sebelum meter TNB

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah rumah memasang stesen pengecasan EV tanpa melalui meter utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @fazlihalimmedia, perkara tersebut mula terbongkar selepas jurutera TNB hadir ke kediaman terbabit untuk melakukan pemeriksaan.

Difahamkan, jurutera TNB itu ke sana bukanlah kerana terima aduan dari mana-mana pihak, sebaliknya meter tersebut secara sendirinya menghantar isyarat kepada pejabat TNB selepas mendapati terdapat kesalahan pemasangan.

Meter tak dapat rekod penggunaan elektrik, umpama guna secara percuma

Pemasangan tanpa melalui meter itu menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah terbabit tidak dapat direkodkan sekali gus menjadi satu kerugian buat syarikat elektrik terbabit.

“Penyambungan wayar ini (stesen pengecasan) sebelum meter, kira meter ini tak rekod sebarang penggunaan, bila meter tak rekod jadi bil tak akan sampai, ini kira kerugian kepada TNB lah,” kata jurutera itu.

Pihak TNB terpaksa potong wayar dan pasang semula melalu meter elektrik

Menurutnya, susulan itu pihak TNB terpaksa memotong wayar pengecasan itu dan memasangnya semula melalui meter kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Dalam video sama, kedengaran pemilik rumah dan kenderaan EV itu mendakwa bahawa dia tidak mengetahui tentang perkara berkenaan kerana stesen pengecasan persendirian terbabit dipasang oleh juruteknik elektrik lain.

Setakat artikel ini ditulis, pihak TNB tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: UMW Toyota Lancar Inisiatif Transformasi ‘Beyond Zero’, Pamer Pelbagai Kereta EV

Baca Artikel Berkaitan: Tesla Batal Hasrat Buka Kilang Kereta EV Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia – Media Antarabangsa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.