fbpx
Now Reading
Lelaki Dedah Kajian Ahli Psikologi Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Happy’ Dari Pingat Perak [Video]

Lelaki Dedah Kajian Ahli Psikologi Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Happy’ Dari Pingat Perak [Video]

Menurut lelaki itu, kebanyakan pemenang pingat perak tidak terlalu gembira kerana dia membandingkan dirinya dengan pemenang pingat emas dan bukannya pingat gangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memenangi sebuah pertandingan atau berada di atas podium merupakan satu kejayaan yang pasti dibanggakan oleh setiap insan.

Manakan tidak, setiap kejayaan itu datangnya daripada usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti mengalah atau putus asa.

Jika dapat pingat emas di sukan berprestij seperti Olimpik, sudah pasti kegembiraan itu lebih daripada pemenang pingat yang lain.

Kajian dapat pemenang pingat gangsa lebih gembira dari pemenang pingat perak

Pun begitu, tahukah anda bahawa satu kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi yang mendapati bahawa pemenang pingat gangsa adalah lebih gembira berbanding pingat perak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok seorang penulis dan penterjemah psikologi kewangan, Kauthar Rozman, dia berkata perkara ini terjadi disebabkan oleh ‘framing effect’.

“Framing effect ini bermaksud kita menilai sesuatu bergantung kepada bagaimana ia dipersembahkan. Dalam bahasa mudah, manusia ini menilai sesuatu melalui perbandingan dan yang biasa gunakan ‘framing effect’ ini adalah pihak pemasaran.

“Katakan ada dua jenis aiskrim, Aiskrim A tulis mengandungi 10% lemak manakala Aiskrim B pula tulis 90% bebas lemak, yang paling banyak dijual adalah aiskirm B kerana fokus pembeli adalah pada bebas lemak,” katanya.

Kauthar kemudiannya mengaitkan mengenai ‘framing effect’ tersebut dengan pemenang pingat gangsa dan perak.

Pemenang pingat perak bandingkan diri dengan pemenang pingat emas

Menurutnya, kebanyakan pemenang pingat perak tidak terlalu gembira kerana dia membandingkan dirinya dengan pemenang pingat emas dan bukannya pingat gangsa.

“Contoh masuk larian, katakan dia (atlet) menang pingat perak, dia akan fikir sesuatu macam ‘kalaulah aku mula dengan cara yang betul atau kalaulah aku usaha lebih sikit mesti boleh dapat pingat emas’, jadi dia bandingkan dengan benda yang lebih baik,” katanya.

Pemenang pingat gangsa bandingkan diri dengan yang langsung tak menang

Jelasnya, berbeza pula dengan kebanyakan pemenang pingat gangsa yang akan membandingkan dirinya dengan atlet-atlet yang tidak berjaya menaiki podium seperti dirinya.

Susulan itu, Kauthar menasihati orang ramai agar tidak selalu membandingkan diri dengan individu yang lebih di atas kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak cukup dalam hidup dan rasa tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain.

“Sekali sekala okay untuk kita bakar semangat dan perbaiki diri agar boleh capai sesuatu yang lebih baik tapi jangan selalu sangat, kita kena tengok juga orang-orang yang di bawah daripada kita supaya timbul rasa syukur dan kita lebih mudah untuk bahagia dalam hidup ini,” ujarnya.

@kautharrozmal

Kenapa pemenang pingat gangsa lagi happy dari perak?

♬ original sound – Kauthar Rozmal – Kauthar Rozmal

Kajian Victoria Medvec, Thomas Gilovich dan Scott Madey pada 1992

Untuk info, kajian yang dikatakan oleh lelaki terbabit merupakan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik iaitu Victoria Medvec, Thomas Gilovich dan Scott Madey pada sekitar Sukan Olimpik Musim Sejuk 1992 dahulu di Barcelona, Sepanyol.

Memetik Scientific American, penyelidik-penyelidik itu berkata, perkara ini berlaku kerana sesuatu yang dipanggil ‘counterfactual thinking’, di mana orang membandingkan pencapaian sebenar mereka dengan apa yang mungkin berlaku.

Bagi pemenang pingat perak, ‘apa yang mungkin berlaku’ ialah memenangi emas, yang membuat mereka berfikir tentang betapa hampirnya mereka dengan tempat pertama. Perbandingan ini boleh membuat mereka kurang gembira.

Sebaliknya, pemenang pingat gangsa lebih cenderung untuk berfikir tentang bagaimana mereka hampir tidak memenangi pingat langsung sekali gus membuatkan mereka berasa lega dan lebih gembira.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.