fbpx
Now Reading
Pakar Kawalan Serangga Perosak Dedah Kenapa Lipas Mati Terbalik Lepas Kena Aerosol

Pakar Kawalan Serangga Perosak Dedah Kenapa Lipas Mati Terbalik Lepas Kena Aerosol

Menurut Khairun Naim, lipas yang terkena aerosol akan mati terbalik disebabkan kesan Pyrethroid pada racun serangga itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lipas merupakan antara serangga yang paling ditakuti dan digeli oleh ramai orang, meskipun ia tidaklah berbisa dan boleh menyengat manusia seperti lebah, tebuan dan sebagainya.

Susulan itu, pasti pelbagai cara akan digunakan untuk membunuh lipas, ada yang menggunakan benda yang berat untuk memukulnya dan ada juga yang menggunakan alat semburan aerosol pembasmi serangga.

Pun begitu, sedarkah anda kebanyakan lipas yang disembur racun itu pasti akan mati dalam keadaan terbalik. Mungkin ada yang tertanya-tanya kepada ia terjadi?

Pakar kawalan serangga perosak jelaskan kenapa lipas mati terbalik lepas kena aerosol

Susulan itu, seorang pempengaruh yang juga pakar kawalan serangga perosak, Khairun Naim tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Menerusi ciapan di akaun X miliknya (@naimpestcontrol), dia menjelaskan lipas yang terkena aerosol akan mati terbalik disebabkan kesan Pyrethroid pada racun serangga itu.

“Racun serangga seperti aerosol mengandungi fungsi Pyrethroid bertujuan untuk penghapusan serangga yg lebih efektif.

“Kesan Pyrethroid akan menyebabkan sistem saraf serangga mengalami kekejangan dan lumpuh,” ciapnya.

Lipas akan terbalik kerana dua pasang kakinya yang paling besar alami kekejangan

Menurutnya, serangga seperti lipas akan secara automatiknya terbalik kerana dua pasang kakinya yang paling besar mengalami kekejangan.

“Serangga akan mati akibat lumpuh, so sebenarnya lipas ni kalau kita sembur dengan aerosol tu bukan dia terus mati akibat toksik racun,” katanya.

Lipas mati kerana tak boleh bergerak untuk selamatkan diri dan cari makan

Jelasnya, lipas terbabit akan mati disebabkan tidak boleh bergerak untuk menyelamatkan diri dan mencari makanan

Menurutnya lagi, hakikat sebenar adalah lipas tersebut mati secara perlahan-lahan dalam kesakitan dan kebuluran.

Hmm tragis juga cara lipas ni mati, lepas ini korang nak bunuh lipas lagi tak?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.