Pelakon Veteran Cadang Subjek Tatarakyat Kembali Diajar Di Sekolah, Lahirkan Generasi Yang Lebih Beradab
Antara topik yang terkandung dalam buku subjek Tatarakyat antaranya seperti ‘kelakukan kamu di rumah’, ‘kelakuan kamu di hadapan khalayak ramai’ dan ‘kesetiaan kepada sekolah’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belakangan ini, sering kali kedengaran sikap segelintir individu generasi masa kini yang dilihat tidak sopan dan beradab.
Ada yang dilihat tidak menghormati orang lebih tua, ada juga yang menggunakan bahasabahasa kasar dan tidak sopan ketika berbicara.
Keadaan ini sekiranya dibiarkan bimbang akan menjadi lebih teruk. Ini kerana generasi muda ini yang akan menjadi pelapis dan pemimpin di masa hadapan.
Cadang Subjek Tatarakyat Kembali Diajar
Terbaharu, pelakon veteran Zulkifli Ismail menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya mencadangkan agar subjek Tatara’ayat (Tatarakyat) kembali diajar di institusi pendidikan.
Jelas pelakon yang pernah memegang watak ASP Razlan dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas itu, pengenalan subjek itu adalah bertujuan bagi melahirkan individu yang lebih beradab.
“Saya cadangkan supaya mata pelajaran Tatara’ayat diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta dan lain-lain.
“Untuk melahirkan warga yang lebih bersopan santun dan bertatasusila,” tulisnya.
Tunjuk Kandungan Buku Bagi Subjek Tatarakyat
Melalui hantaran itu juga, Zulkifli turut menunjukkan sebuah buku lama subjek berkenaan yang pernah diterbitkan di Malaysia.
Dapat dilihat buku bertajuk Tatara’ayat Ada-lah Kera’ayatan Yang Baik ditulis bersama oleh C Michael dan T Daniel bagi kegunaan pelajar Tingkatan Satu ditunjukkan oleh pelakon veteran berkenaan.
Malah, antara topik yang terkandung dalam buku tersebut adalah mengenai adab antaranya seperti ‘kelakukan kamu di rumah’, ‘kelakuan kamu di hadapan khalayak ramai’ dan ‘kesetiaan kepada sekolah’.
Saya cadangkan supaya mata pelajaran TATARA’AYAT (Tatarakyat) diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara…
Posted by Zulkifli Ismail on Sunday 11 August 2024
Pengguna Media Sosial Setuju Subjek Kembali Diajar
Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna Facebook bersetuju dengan cadangan pelakon senior itu.
Ini kerana majoriti daripada mereka berpendapat ada segelintir generasi masa kini yang adabnya semakin terhakis.
KPM Telah Memperkenalkan Pendidikan Sivik
Sekadar info, antara subjek yang mempunyai persamaan dengan Tatarakyat adalah Pendidikan Sivik.
Ia mula diperkenalkan pada Jun 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diajar di semua peringkat bermula prasekolah hingga sekolah menengah.
Ia merupakan ilmu berkaitan tatarakyat dan mengajar individu untuk bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Ia Sangat Penting Dalam Kehidupan Seharian, Saya Sangat Setuju Ianya Dihidupkan Dalam Sukatan Pelajaran”
“100% Sokong Tuan, Tahu Tanggungjawab, Pergi Mana Pun Boleh Bawa Diri”
“Setuju, Zaman Sekolah Kami Dulu Diajar Subjek Sivik, Diajar Adab Dalam Pelbagai Hal Harian”
“Saya Setuju Sebab Generasi Sekarang Baik Yang Berstatus Tinggi Atau Rendah, Berlagak Tidak Bertempat, Tidak Hormai Orang Tua”
Baca Artikel Berkaitan: Selepas Trend Nobita, Trend ‘Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas’ Pula Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Boikot Mereka” – Ramai Bimbang YouTuber Buat Konten ‘Cintan-Cintun’ Beri Pengaruh Buruk Pada Generasi Muda