Ramai Kecam Tindakan Individu Sunting Video Ryan Bakery Hingga Beri Tanggapan Buruk [Video]
Orang ramai turut menyifatkan tindakan pihak yang menyunting video Ryan Bakery sehingga boleh menimbulkan tanggapan buruk itu sebagai busuk hati.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lumrah apabila menyertai apa-apa pertanding atau anugerah, pasti ada calon yang nama menang dan ada yang tidak berjaya.
Namun dalam mengekalkan suasana yang positif tentunya setiap calon akan menyokong antara satu sama lain, tanpa mengira siapa pemenangnya kerana mereka tahu setiap yang tercalon sudah melakukan yang terbaik.
Pada 11 Ogos yang lalu, telah berlangsung Anugerah TikTok Malaysia 2024 yang mencalonkan ramai influencer dalam pelbagai kategori seperti Creator of The Year yang dimenangi oleh Che Sayang Kitchen.
Kemenangan Che Sayang sekaligus menewaskan pencabarnya iaitu Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood, Sofea Shra dan Ryan Bakery. Malah liputan secara langsung sepanjang anugerah itu berlangsung turut dipaparkan di media tempatan.
Ada pihak tak bertanggungjawab sunting video Ryan Bakery guna ayat “POV: Bila dalam hati ingat kau menang”
Namun apa yang menjadi perhatian adalah selepas beberapa hari anugerah itu berlangsung, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting video semasa acara dengan tujuan memerli Ryan Bakery dengan ayat suntingan yang kurang senang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Cikgu_Anep di X, rakaman itu telah disunting dengan memberi Point Of View (POV) reaksi apabila seseorang merasakan dirinya akan menang dalam pertandingan tersebut namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dalam video itu awalnya kelihatan Ryan Bakery yang duduk sebaris dengan calon lain seperti gementar sewaktu usahawan dan influencer, Khairul Aming ingin mengumumkan pemenang.
Ryan dilihat gembira rai kemenangan Che Sayang Kitchen sebagai pemenang Creator of The Year
Malah Ryan turut dilihat seperti menjangkakan yang infuencer Daddyhood atau Sofyank akan memenangi kategori tersebut kerana menunjuk ke arah mereka.
Sebaik Khairul Aming mengumumkan pemenangnya adalah Che Sayang Kitchen, kelihatan semua yang tercalon menepuk tangan dan meraikan kemenangan tersebut dengan gembira dan saling berbalas pelukan.
Bukan hanya itu, kelihatan juga Ryan mengucapkan tahniah kepada influencer yang terkenal dengan resepi memasak selama 2 minit itu.
Ayat dalam video POV mengundang tanggapan buruk pada Ryan Bakery
Namun pihak yang menyunting video berkenaan telah menimbulkan perspektif negatif seperti Ryan pura-pura menunjuk (kepada calon lain), ketawa dan terkejut ketika pengumuman terbabit.
“Buat-buat tunjuk, buat-buat ketawa, buat-buat terkejut,” tulisnya dalam video tersebut.
Tindakan sunting video hingga beri perspektif negatif disifatkan sebagai busuk hati
Malah Cikgu Anep dalam hantaran itu turut menyifatkan pihak yang menyunting video berkenaan sebagai busuk hati.
“Busuk hati betul sampai buat video macam ni. Sanggup tu edit penat-penat cuma sebab nak menjatuhkan orang lain.
“Ryan Bakery tu rasanya tak pernah kacau orang lain. Dia buat hal dia je, itupun orang dengki macam ni sekali.
“Sengaja tak nak download video ada watermark. Nanti bagi pemasaran percuma kedai burger dia pula. Yang tahu tu tahulah,” katanya.
Busuk hati betul sampai buat video macam ni. Sanggup tu edit penat-penat cuma sebab nak menjatuhkan orang lain.
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 14, 2024
Ryan Bakery tu rasanya tak pernah kacau orang lain. Dia buat hal.dia je. Itupun orang dengki macam ni sekali.
Sengaja tak nak download video ada watermark. Nanti bagi… pic.twitter.com/TvvFRX88SV
Orang ramai minta Ryan Bakery ambil tindakan undang-undang
Melihat di ruangan komen, video tersebut turut mendapat kritikan dari orang ramai yang berpendapat suntingan itu adalah keterlaluan.
Malah ada yang meminta Ryan untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah serta memberi tanggapan buruk terhadap dirinya.
Bukan hanya itu, ada juga mengatakan pihak yang menyunting video tersebut hanya mahukan pemasaran murah hingga sanggup melakukan perkara tersebut.
Video yang dipercayai diambil dari TikTok itu bagaimanapun sudah dipadamkan oleh individu berkenaan.