“Dia Tak Tahu Macam Mana Kot” – Ramai Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Bujang Harga RM10 [Video]
Sedar dengan komen yang diberikan oleh pengguna media sosial, peniaga berkenaan tampil memohon maaf mengenai hidangan nasi lemak bujang yang berharga RM10 itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika berkunjung ke mana-mana kedai makan, boleh dikatakan majoriti peniaga ada menawarkan menu bajet yang dinamakan sebagai set bujang istimewa buat pelanggan.
Hidangan ini kebiasaannya terdiri daripada nasi putih, telur dadar dan sup kosong khusus buat pelanggan yang mahu menikmati makanan dengan harga berpatutan, lebih-lebih lagi ketika hujung bulan.
Lazimnya, ia dijual sekitar harga RM4 hingga RM7 bergantung kepada lokasi dan hidangan yang ditawarkan oleh peniaga itu sendiri.
Jual Nasi Lemak Bujang Harga RM10
Namun, berbeza pula dengan seorang peniaga ini yang menjual set nasi lemak bujang berharga RM10.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @apeklimoka, lelaki berkenaan menunjukkan apa yang boleh diperolehi jika pelanggan membeli hidangan nasi lemak bujang yang dijual di premisnya.
“Nasi lemak bujang bila tengah bulan tak de duit. Dekat Nasi Lemak Lemoka ni, kita ada sediakan nasi lemak bujang untuk korang.
“Ini yang korang dapat. Dapat satu nasi lemak, dapat kacang, dapat ikan bilis, dapat telur separuh, dapat telur goreng. Ini orang-orang bujang suka makan telur bila tengah-tengah bulankan,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian adalah nasi lemak bujang itu turut didatangi dengan lauk pauk yang lain namun kuantitinya diterhadkan berbanding biasa.
“Jangan risau kita bagi juga sambal untuk korang, kita bagi daging seketul, sotong seketul, petai seketul, paru seketul.
“Macam ini sahaja hanya RM10 untuk korang, hanya harga RM10 untuk orang-orang bujang,” katanya.
Pengguna Media Sosial Geram, Anggap Peniaga Tak Pernah Makan Nasi Bujang
Video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna geram dengan peniaga nasi lemak terbabit.
Ini kerana kebanyakan mereka berpendapat peniaga berkenaan mungkin tidak mengetahui maksud nasi bujang yang sebenar.
Ini kerana bagi mereka nasi bujang bukanlah dijual dengan harga sehingga RM10 bagi satu hidangan.
Malah, ada juga yang berpendapat dengan harga sedemikian, mereka boleh membeli makanan yang menawarkan kuantiti lebih banyak.
Peniaga Mohon Maaf, Tampil Dengan Menu Rahmah RM5
Sedar dengan komen yang diberikan oleh pengguna media sosial, peniaga berkenaan tampil memohon maaf mengenai hidangan nasi lemak bujang itu.
Malah, menerusi video terbaharu yang dimuat naik olehnya, dia tampil mempromosikan nasi lemak rahmah yang hanya berharga RM5.
Melalui video itu, pelanggan akan diberi set nasi lemak dengan telur goreng serta teh o ais secara percuma.
Malah, pelanggan juga boleh menambah air kosong secara percuma jika teh o ais yang diberikan telahpun habis diminum.
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan promosi terbaharu dari gerai berkenaan. Ini kerana dengan hidangan tersebut, mereka boleh mendapat harga jauh lebih murah.
Tidak kurang juga ada yang menyokong peniaga tersebut kerana bagi mereka harga RM5 itu berpatutan sesuai dengan status premisnya sebagai sebuah kafe.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Kalau RM10, Aku Dah Boleh Dapat Paru Selambak Sekali Telur, Ini Tak Masuk Akal”
“Bang, Kalau Konsep Nasi Bujang Harga Paling-Paling Tinggi RM5, Kalau Dah RM10 Bukan Konsep Bujang Bang”
“Dia Kena Faham Apa Maksud Nasi Lemak Bujang Sebenarnya”
“Yang Ini Masih Okay, Harga Nasi Lemak RM5 Percuma Air, Plus Ini Cafe”
“Macam Ini Baru Sempoi, Terima Kritikan & Minta Maaf Tak Semua Orang Mampu Buat, Apepun Ok Tu Harga RM5 Free Air”
“Air Tu Bukan Percuma Namanya Sebab Nasi Lemak & Telur Baru RM Berapa, Kalau Campur Air Memang RM5”
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Letih Nak Hadap”- Peniaga Kecewa, Nasi Lemak RM5 Penuh Dengan Daging Dikatakan Mahal [Video]