fbpx
Now Reading
Kajian Dedah Pengambilan Kafein Berlebihan Undang Bahaya Pada Kesihatan Jantung

Kajian Dedah Pengambilan Kafein Berlebihan Undang Bahaya Pada Kesihatan Jantung

Pengambilan kafein melebihi 400 mg boleh menyebabkan risiko penyakit kardiobaskular di kalangan individu sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan kopi merupakan antara minuman yang sering mejadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Malah ada juga yang merasakan kehidupan mereka tidak akan lengkap tanpa meminum kopi sehingga ia secara tidak langsung menunjukkan yang mereka sudah ketagihan.

Meskipun kopi mempunyai kebaikan yang tersendiri namun pengambilan secara berlebihan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan jantung.

Pengambilan kaffein berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kardiovaskular

Malah pelajar perubatan dari India, Nency Kagathara ada membuat kajian mengenai kesan buruk kafein terhadap kesihatan kardiovaskular.

Memetik laporan United Press International (UPI), Kagathara yang merupakan pelajar dari Zydus Medical College di Gujarat mendapati pengambilan kafein melebihi 400 miligram (mg) setiap hari boleh menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular di kalangan individu yang sihat.

“Dengan peningkatan beban penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, peranan kafein sebagai faktor risiko sering diabaikan,” kata pelajar itu ketika menjelaskan sebab dia membuat kajian tersebut.

Antara faktor lain adalah di sebabkan umur, genetik, obesiti dan juga diet yang tinggi sodium.

Kafein berlebihan boleh beri ransangan kepada sistem saraf, peningkatan kadar degupan jantung

Selain itu, kajian yang bakal dibentangkan di Persidangan American College of Cardiology Asia 2024 di Delhi itu, mendapati pengambilan kafein secara berlebihhan juga boleh memberi ransangan kepada sistem saraf dan menyebabkan peningkatan pada degupan jantung secara berterusan serta tekanan darah.

“Modulasi yang berpanjangan ini boleh menyumbang kepada isu kardiovaskular seperti hipertensi dan peningkatan risiko kejadian kardiovaskular.”

Jelasnya lagi tekanan darah tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti masalah arteri koronari, kegagalan jantung, penyakit buah pinggang kronik dan juga dimensia.

19.6% individu ambil kafein berlebihan sehari

Menerusi kajian yang dibuat oleh Kagathara seramai 100 peserta berusia sekitar 18 hingga 45 tahun diuji dan 19.6% darinya mengambil kafein melebihi 400mg setiap hari bersamaan dengan empat hingga lima cawan.

Wanita dan individu yang bekerja dalam bidang perniagaan dan pentadbiran serta mereka yang menetap di kawasan urban menunjukkan peningkatan ketara dalam pengambilan kafein yang tinggi dalam sehari.

Malah respoden yang mengambil kafein berlebihan juga menunjukkan peningkatan yang ketara pada degupan jantung serta tekanan darah selepas mereka bersenam.

Nasihat jangan ambil kafein lebih 600mg sehari

Pelajar itu turut memberi amaran agar tidak mengambil kafein melebihi 600mg sehari. Ini kerana ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan pada jangka panjang, termasuk kebimbangan, insomnia serta kelemahan tulang.

Dr Usman Baber dan juga Dr Gregory yang merupakan pakar dalam persidangan berkenaan turut mengakui penemuan pada kajian terbabit namun memberi amaran bahawa saiz sampel adalah terlalu kecil bagi membuat kesimpulan yang muktamad.

Manakala seorang lagi pakar kardiologi iaitu Dr Jacqueline Hollywood juga menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai masalah kardiovaskular untuk memantau kesihatan mereka serta lebih teliti ketika mengambil kafein meskipun ia adalah selamat jika diambil secara sederhana.

Susulan itu, pakar kesihatan berkenaan berpendapat setiap individu khususnya mereka yang ada masalah jantung untuk berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan bagi menilai risiko terhadap pengambilan kafein.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.