Kes Dua Beradik Maut Akibat Makan Keropok Beracun, Pekebun Tampil Dedah Cerita Dari Pihaknya [Video]
Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Uzair Shafawi mendakwa insiden yang berlaku berpunca daripada kelalaian ibu dan penjaga kanak-kanak terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masihkah anda ingat tentang kisah kematian dua beradik yang maut akibat termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi Kulim, Kedah pada Julai lalu?
Mangsa, Muhamad Akil Syauqi yang berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) ketika menerima rawatan manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi yang berusia dua tahun meninggal sehari selepas kematian abangnya pada 12 Julai yang lalu.
Difahamkan, kedua-dua mangsa telah termakan keropok yang mengandungi racun diletakkan oleh pekebun di pagar dawai besi tidak jauh dari kediaman bagi menghalau haiwan liar seperti kera yang merosakkan tanaman.
Ekoran daripada itu, seorang pekebun lelaki yang berusia 33 tahun telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.
Baca Artikel Berkaitan: 2 Beradik Termakan Keropok Beracun, Pekebun Direman 6 Hari
Kesal Dengan Apa Terjadi, Dakwa Insiden Terjadi Atas Kelalaian Ibu Bapa
Setelah sebulan berlalu, seorang pekebun lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kes kematian dua beradik itu tampil memberi gambaran sebenar tentang kejadian berkenaan.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook, pekebun yang dikenali sebagai Uzair Shafawi mendakwa insiden yang berlaku berpunca daripada kelalaian ibu dan penjaga kanak-kanak terbabit.
Malah, dia meluahkan rasa kesal kerana tiada tindakan yang diambil terhadap penjaga kanak-kanak terbabit atas perbuatan mereka itu.
“Akulah si pekebun yang ditahan tu, atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa. Aku duduk dalam (penjara) lapan hari. Buta je kena duduk dalam.
“Memang naya je aku kena, mak dan juga tok (datuk) kepada mangsa tu masih lagi tidak ditahan,” tulisnya.
Beri Gambaran Sebenar Tentang Kedudukan Keropok Beracun
Melalui hantaran itu, Uzair turut menyertakan video bagi memberi gambaran tentang kedudukan sebenar keropok beracun yang diletakkan bagi tujuan memerangkap haiwan liar itu.
“Keropok tu diletakkan di atas pagar yang tingginya empat kaki setengah. Tak logik akal untuk budak umur dua dan tiga tahun untuk ambil dan keropok tu bukan duduk dalam pagar tepi jalan tapi pagar bersebelahan hutan di kawasan laluan kera masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat.
“Orang kampung dekat sini pun ada yang buat keropok yang sama dan gantung di pokok, kalau budak tu ambil di pokok bukanlah aku yang punya, mungkin pekebun lain punya,” tulisnya.
Ada Niat Untuk Saman Keluarga Mangsa Kerana Putar Belit Kenyataan
Malah, lelaki itu turut kesal dengan tindakan datuk dua beradik berkenaan yang didakwa memutar belitkan cerita hingga timbul fitnah terhadap dirinya.
Tambah Uzair, ketika kejadian berkenaan, dia tidak pernah melarikan diri dan sedia untuk menceritakan perkara sebenar. Malangnya, hanya pihak polis sahaja yang datang ke rumahnya pada ketika itu.
“Aku difitnah disebabkan tok (datuk) kepada mangsa reka cerita bukan-bukan. Kalau ikut kehendak aku, aku nak je saman tok kepada budak-budak ni,” tulisnya.
Dakwa Dua Beradik Diabai
Dalam hantaran itu juga, Uzair mendakwa kedua beradik itu diabaikan oleh ibu dan penjaga mereka dan hal tersebut turut diketahui oleh orang kampung berkenaan.
“Boleh datang kampung aku dan tanya orang kampung berdekatan rumah budak-budak tu, memang mereka abai budak-budak tu.
“Anak yang nombor dua tu, mak dia bukan beranak dekat hospital tapi beranak dalam bilik air, budak-budak ni memang terabai dari kecil lagi, boleh tanya orang kampung sini.
“Dibiar masuk hutan, di dalam hutan dan semak, di sini banyak ular berbisa, pernah dulu dua orang tu berjalan sampai rumah aku dengan dalam pampers penuh tahi, budak-budak tu berjalan dengan kasut tak pakai.
“Tok dia lagi la, memang tak ambil tahu langsung tentang budak tu, bila dah jadi kes macam ni, tok dia play victim,” tulisnya lagi.
Dah Buat Laporan Kepada Perhilitan Tentang Kewujudan Kera
Uzair turut tampil membalas dakwaan setengah pihak yang mempersoalkan tindakannya yang meletak racun bagi membunuh haiwan liar tersebut.
Jelas lelaki itu, dia sebenarnya telahpun membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) sejak tahun 2021 namun tiada tindakan daripada agensi berkenaan.
Malah, dia turut mengambil inisiatif dengan membuat sangkar bagi memerangkap kera yang menganggu tanamannya.
“Aku pula hanya dapat sumber pendapatan dari hasil kebun saja. Ada orang cakap jangan bunuh haiwan seperti kera atau monyet ni, nanti dapat karma la, apa la.
“Habaq (bagitahu) orang macam tu, nyamuk datang gigit jangan tampar, nyamuk ada dalam rumah jangan sembur racun nyamuk sebab nyamuk pun binatang,” tulis Uzair lagi.
Akulah si pekebun yg ditahan 2…atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa 2(alfatihah)..aku dok dalam 8 ari..buta ja kena dok dalam..mmg naya ja aku kena …mak dan juga tok kepada mangsa tu masih lg x ditahan…cerita sebenar nya mcm ney…keropok tu di letakkan di atas pagar yg tinggi nya 4 kaki setengah..x lojik akal utk budak umoq 2 3 tahun utk amik..dan keropok 2 bukan ddk dlm pagaq tepi jalan…tp ddlm pagaq besebelahan hutan area laluan kera dok masuk ke tmpt tanaman pisang yg aku buat…org kg dkt sini pon ada yg buat keropok yg sama dan gantung di pokok…klu budak tu amik di pokok bkn lah yg aku punya…mungkin tuan kebun yg len letak..dkt sini bnyak kebun org…1 lg..selama terjadi kes ney 1 wartawan pon x mai rumah aku…aku ada dkt rumah dan aku x lari kemana pon…semua org p rumah tok kepada budak2 tu..tok dya plk bnyak putaq belit cerita..klu ada wartawan atau ngo2 dan juga adun sini mai rumah aku..aku boleh ceritakan perkara sebenar tp haram sorang pon x mai rumah aku…yg mai rumah aku adalah pihak polis ja..bg aku pihak polis mmg terbaik…aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan2..klu ikut kehendak aku,aku nk saman ja tok kpda budak2 ney..boleh datang kg aku dan tnya org kg bedekatan rumah budak2 tu…mmg depa abai budak2 tu…anak yg no dua tu mak dya bukan beranak dkt hospital..tp beranak dalam bilik ayaq…budak2 mmg terabai dari kecik lg..boleh tnya org kg sini..dibiaq masuk dlm hutan berkeliaran dlm hutan..didalm hutan dan semak disini bnyak ulaq berbisa..pernah dulu budak dua org tu berjalan smpai rumah aku dgn dlm pampers penuh dgn tait…budak2 tu berjalan dgn kasut x pkai..klu x caya boleh tnya org kg sini…tok dya lg la,mmg x amik taw lgsung tntng budak2 tu…bila dh jd kes mcm ney tok dya nk play victim..kebanyakan wartawan tanya tok dya..tok dya bnyak mnjawab tipu ja..klu sapa nk taw perkara sebenar nya mcm mna boleh dtang ke rumah aku di kg padang ubi labu besaq..dan aku tunjukkan perkara sebenar terjadi..jarak rumah aku dan rumah depa 2 hnya 100 meter ja…mcm mana budak umoq 2 3 tahun boleh dibiaq berjalan ddlam kawasan hutan dan semak sejauh 100 meter..klu diikutkan budak umoq 2 tahun baru boleh berjalan dan dok mnum susu ibu lg…sbb tu di makhamah aku kata dkt wrtawan..WARTAWAN JGN PUTAQ BELIT FAKTA,CARITA BENDA BETUL..org ckp aku lari..sedang kan aku x lari…boleh tnya pihak polis..aku bg kerjasama penuh kepada pihak polis..kejadian berlaku ari ahad..2 ari aku tnya kpda polis aku nk kena tahan ka…tp polis kata x..bila ada kematian pertama baru aku ditahan..pada ari aku ditahan aku berada di kg rumah mertua aku..sbb aku hantaq anak bini aku balik sana..sbb aku rasa aku akan ditahan sbb tu lah aku antaq ank bini balik kg mertua aku…keluarga mangsa sorang pon x ditahan lg..kena berlaku adil la..klu nk tahan..tahan la kedua2 pihak…aku dah ditahan..kenapa mereka masih lg x ditahan…sapa yg kata kenapa x infom pihak perhiltan sbb masalah kera ney..aku dh infom pihak perhilatan dari tahun 2021 lg tp x da action…bila jd kes mcm ney..hbs semua agensi turun…sangkaq kera pon aku ad buat..tp dkt sini dok ada 100 hingga 200 ekoq kera…para2 pekebun tahu la mcm mna nk hadap kera ney..aku plk hnya dpt sumber pendapatan hnya dari hasil kebun saja…ada org ckp jgn bunuh haiwan seperti kera atau monyet ney..nnti dpt karma la apa lah..habaq kt org mcm tu..nyamuk mai gigit ag jgn tmpaq..nyamuk ada dlm rumah jgn semboq racun nyamuk..sbb nyamuk pon binatang…lalat mai hinggap dalam pingan ka mangkuk ka jgn halau..kongsi la darah dgn nyamuk tu..kongsi la makanan tu dgn lalat…binatang bila dh mendatangkan kemudarat diharuskan kita utk mmbunuh…buta2 ja kena p dok dalam 8 ari…bnyak lg nk aku cerita kan..ini adlah fakta sebenar… Ari ney baru aku tergerak hati nk post video ney walaupun dh sebulan berlalu..terlalu bnyak bnda x betui org dok bercerita…dan aku berterima kasih kepada nitizen yg backup aku..terima kasih kalian semua.. Pembetulan..bukan 20 meter tp 20 kaki… #kes keropok beracun..
Posted by Uzair Shafawi on Saturday 17 August 2024
Pengguna Media Sosial Tampil Beri Sokongan
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan pendedahan lelaki itu.
Kebanyakan daripada mereka bersimpati dengan insiden yang melanda pemuda berkenaan. Malah, ada yang memberi sokongan agar lelaki berkenaan meneruskan sahaja niat untuk menyaman keluarga mangsa.
Tidak kurang juga ada yang turut mendoakan agar dia dipermudahkan urusan.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Tolong La Saman, Sejak Kes Tu, Aku Tahu Dah Mak Budak Tu Yang Lalai, Lepas Tu Acah Nangis Depan Kamera”
“Semoga Dipermudahkan Segala Urusan”
“Betul Bang, Sedangkan Tikus Pun Kita Nak Racun Sebab Rosakkan Harta Benda, Inikan Pula Kera”
Baca Artikel Berkaitan: Kes Termakan Keropok Beracun: Selepas Abang Kini Adik Pula Dilaporkan Meninggal Dunia
Baca Artikel Berkaitan: 2 Beradik Termakan Keropok Beracun, Pekebun Direman 6 Hari