fbpx
Now Reading
Masjid Beri Elaun RM3 Sehari Kepada Kanak-kanak Hadir Solat Subuh Raih Pujian Ramai [Video]

Masjid Beri Elaun RM3 Sehari Kepada Kanak-kanak Hadir Solat Subuh Raih Pujian Ramai [Video]

Difahamkan, kanak-kanak terbabit akan mengumpul cop pada setiap hari selama seminggu selepas menghadiri solat Subuh sebelum ianya ditukarkan kepada wang tunai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islam mengajar ibu bapa agar mendidik anak-anak untuk mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun sepertimana sabda Rasullah SAW dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Al Hakim dan Tirmizi.

“Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka,” sabda Baginda.

Selain ibu bapa, guru-guru di sekolah serta khariah masjid juga haruslah memainkan peranan penting dalam memastikan golongan ini lebih tertarik untuk mengerjakan solat fardu.

Masjid beri elaun RM3 sehari kepada kanak-kanak hadir solat Subuh

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pihak Masjid Al-Syakirin di Gombak, Selangor yang memberikan elaun RM3 sehari kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh secara berjemaah.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit akan mengumpul cop pada setiap hari selama seminggu selepas menghadiri solat Subuh.

Kumpul cop selama seminggu, tuntut duit elaun pada hari Ahad

Cop yang dikumpul itu kemudiannya akan digantikan dengan wang tunai pada penghujung minggu iaitu hari Ahad, sekiranya mereka datang pada setiap hari maka duit yang diperoleh adalah sebanyak RM21.

“Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin, setiap hari anak-anak akan dapatkan cop dan hari Ahad kami (pihak masjid) akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka,” tulis di ruangan kapsyen.

Dalam video terbabit, kelihatan kanak-kanak tersebut begitu gembira dan teruja semasa sedang beratur untuk menuntut elaun solat Subuh mereka itu.

@masjidalsyakirin

Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin.Setiap hari anak anak akan dapatkan cop dan hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.#masjidalsyakiringombak #imarahmasjid #subuhwarrior

♬ original sound – masjidalsyakirin – masjidalsyakirin

Orang ramai puji pendekatan yang digunakan oleh masjid terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian kepada pihak Masjid Al Syakirin yang menggunakan pendekatan sedemikian untuk mengajak kanak-kanak solat Subuh secara berjemaah di rumah Allah itu.

Tidak hanya itu, mereka turut berpendapat bahawa wang yang diraih oleh kanak-kanak berkenaan boleh dibelanjakan di sekolah mahupun disimpan di dalam tabung untuk membeli mainan-mainan atau barangan yang diinginkan mereka nanti.

Tidak kurang juga yang berseloroh yang menyoal sama ada mereka yang sudah dewasa ini juga layak untuk mendapatkan elaun terbabit.

Seminggu boleh dapat RM21 kalau hari-hari datang, sebulan RM81, boleh lah adik-adik ni simpan untuk masa depan atau beli sesuatu yang diorang idamkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.