“Okay Ke Gurau Macam Ni?” – Kakak Nidza Afham Terkilan Ada Pelanggan Seperti Tidak Sensitif
Menerusi tangkap layar tersebut, individu berkenaan dilihat seolah-olah bergurau apabila bertanya kepada Irhanie sekiranya dia ada menjual minyak wangi jenama ‘Nidza Afham.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 14 Ogos lalu, negara telah dikejutkan dengan penemuan mayat penyanyi Muhammad Nidza Afham Mokhtar di kawasan jambatan Sungai Klang.
Mayat Nidza yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie dijumpai sekitar jam 7 petang sekitar satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada 13 Ogos.
Meskipun sudah beberapa hari insiden itu berlaku, namun pastinya ahli keluarga masih lagi berada dalam keadaan sedih dan berduka kerana salah satu insan yang disayangi telah pergi menghadap Ilahi.
Baca artikel berkaitan: Mayat Di Jambatan Sungai Klang Sah Nidza Afham
Kakak luah rasa kecewa ada pihak tak sensitif
Baru-baru ini, kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat individu yang tidak sensitif dengan keadaan yang menimpanya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Irfahanie yang juga seorang peniaga menjual minyak wangi telah berkongsi satu tangkap layar perbualannya bersama seorang pelanggan.
“Jenama Nidza Afham ada ke Kak”
Namun apa yang membuatkan dia kecewa apabila individu yang awalnya bertanya mengenai minyak wangi lelaki secara tiba-tiba bertanya adakah Irfahanie yang mesra dipanggil Kekfa ada menjual jenama minyak wangi jenama ‘Nidza Afham’.
“Minyak wangi lelaki jenama Nidza Afham ada ke kak?” soal individu tersebut.
Meskipun tidak dapat dipastikan punca dia berbuat demikian namun pertanyaannya itu seolah-olah ingin menjadikan ia sebagai gurauan. Tidak setuju dengan perkara itu, Kekfa kemudian mengatakan ia bukanlah suatu perkara yang kelakar.
“You (awak) main-main ke ni. Tak kelakar,” tulisnya dalam perbualan tersebut.
Perniaga dilakukan bukan main-main
Kekfa dalam satu lagi hantarannya turut memaklumkan perniagaan yang dilakukan bukanlah suka-suka bahkan itu adalah rezekinya buat anak-anak dan keluarga.
Bukan hanya itu, arwah adiknya juga pernah bekerja dengannya untuk beberapa bulan dan merasakan pertanyaan seperti itu adalah tidak wajar.
Malah dia juga memohon maaf sekiranya terlalu sensitif mengenai hal tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak melakukan hal seperti itu.
“Awak rasa okay ke tanya benda macam ni? Tak faham juga ya manusia rasa benda macam ni boleh gurau.
“Janganlah, saya nak cakap banyak pun tak larat. Tak faham niat orang, tapi tolong jangan lakukan. Maaf kalau saya ni terlalu sensitif ke apa.”