fbpx
Now Reading
“Abah Nak Ikut”- Gelagat Bapa Warga Emas Mahu Ikut Anak Setiap Kali Keluar Rumah Buat Ramai Sebak [Video]

“Abah Nak Ikut”- Gelagat Bapa Warga Emas Mahu Ikut Anak Setiap Kali Keluar Rumah Buat Ramai Sebak [Video]

Menerusi satu lagi hantaran, Zahir memaklumkan adakala dia tidak dapat membenarkan bapa mengikutnya atas beberapa faktor seperti kerja dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang bergelar anak, pasti ingin melakukan yang terbaik buat ibu dan bapa mereka.

Ini kerana, sewaktu kecil si ibu dan ayah telah bersusah payah mengerah keringat untuk menjaga dan memberikan pendidikan yang sebaiknya buat mereka.

Oleh itu, apabila sudah bekerja dan ibu bapa pula mencapai usia emas, kini tiba giliran kita pula untuk membalas jasanya.

Bapa selalu nak ikut keluar rumah

Baru-baru ini, seorang lelaki, Zahir Alauddin Hamid yang juga pensyarah di sebuah universiti tempatan telah menjadi perhatian ramai, apabila berkongsi mengenai gelagat bapanya dalam satu carousel di TikTok.

Dua beranak itu mula menjadi perhatian apabila Zahir berkongsi bapanya sentiasa ingin mengikutnya setiap kali keluar rumah, tidak kiralah malam mahupun siang.

Meskipun perlu membawa kerusi roda itu tidak menghalang bapa Zahir untuk bersama anak lelakinya ke masjid, membeli makanan dan sebagainya.

Siap tawar diri nak belanja anak kerana bawa keluar

Malah dek kerana ingin mengikut anak lelakinya adalakanya dia juga turut menawarkan diri untuk membelanja Zahir apabila berada di luar. Selain itu, Zahir yang juga mesra dipanggil Din oleh bapanya turut menyenaraikan beberapa ayat bapanya apabila ingin mengikuti dia keluar rumah.

“Din, abah nak ikut?, ‘Abah nak ikut Din’, ‘Jom Din, abah nak ikut’, ‘Abah nak ikut’, ‘Nak keluar ke? Abah nak ikut’,” tulisnya dalam video tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian kelihatan wajah warga emas itu sungguh gembira apabila dia dapat mengikuti Zahir keluar rumah meskipun hanya duduk di dalam kereta.

“Pagi, petang, siang dan malam nak ikut. Duduk dalam kereta je pun seronok dah. Okay abah rehat, kita nak sambung buat kerja.”

Menurut Zahir di ruangan komen, dia dapat meluangkan masa menjaga bapanya memandangkan ketika ini pelajarnya sedang menjalani cuti semester.

Adakala tak dapat bawa bapa ikut atas beberapa urusan

Dalam video lain yang dimuat naik oleh Zahir, adakala dia tidak dapat membawa bapanya keluar kerana mempunyai urusan kerja.

“Ada masa kalau abah nak ikut saya bagi, ada masa tak. Ikut kesesuaian masa. Contohnya masa nak pergi kerja dia ajak beli kuih. ‘Maaf bah tak sempat dah ni. Kejap lagi dah selesai kerja kita bawa abah ya’.

“Lemah je dia angguk ‘okay, Din’,” katanya lagi.

@zahiralauddinhamid

Habis kerja sampai je rumah, dia da ready kat wheelchair dia “dah habis kerja dah din? Jom lah” #lecturerlife #fatherson #unipurple #uitmdihatiku #uitmpuncakalam #uitm #foryoupage #foryou #fyp

♬ Sad and lonely – MoppySound

Ramai sebak teringat ibu bapa, harap diberikan kesempatan untuk berbakti

Perkongsian Zahir itu, secara tidak langsung telah mengundang rasa sebak orang ramai kerana teringatkan orang tua mereka.

Bukan hanya itu, ada juga yang berharap mereka dapat menjaga ibu bapa seperti yang dilakukan oleh Zahir.

“Harap-harap aku macam nilah nanti sempat layan kerenah ummi dan ayah”

“Comelnya”

“Pahala besar Din, bukan semua orang terpilih duduk di jalan ini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.