Anak Jadikan Kematian Ibu Bapa ‘Dark Joke’, Siap Bergurau Ada Skandal Di Alam Kubur
Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan individu-individu berkenaan yang disifatkan sebagai tiada akhlak dan biadap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, kematian merupakan perkara yang paling ditakuti ramai, bukan hanya ke atas diri sendiri, bahkan takut untuk kehilangan insan-insan tersayang.
Pun begitu, masih ada individu-individu yang menjadikan kematian sebagai bahan lawak jenaka (dark joke) atau gurauan sehingga hilang rasa hormat terhadap individu yang telah tiada.
Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya untuk sentiasa menghormati manusia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Tular anak-anak jadikan kematian ibu bapa sebagai bahan lawak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar dari sebuat platform media sosial, TikTok yang memaparkan beberapa individu menjadikan kematian ibu bapanya sebagai bahan lawak.
Menerusi hantaran Amirah Hussin di media sosial yang kemudiannya di dikongsikan di akaun X @MALAYSIAVIRALLL, ‘dark joke’ terbabit bermula selepas salah seorang individu memuat naik video menyatakan bahawa bapanya yang telah meninggal dunia kini sedang lepak di bawah tanah.
“Salam, ada sesiapa tahu tak ayah saya lepak dengan siapa, dah berbulan dia lepak bawah tanah tak balik-balik,” tulisnya di dalam video berkenaan.
Hantaran tersebut pula kemudiannya meraih pelbagai komen daripada anak-anak yang turut melakukan ‘dark joke’ dengan kematian ibu atau bapanya.
Siap buat ‘dark joke’ ibu bapa ada skandal di alam kubur
Apa yang lebih biadap lagi, individu terbabit turut bergurau dengan mengaitkan bahawa bapanya yang telah meninggal dunia mungkin menjalankan hubungan sulit di alam kubur bersama ibu kepada seorang pengguna TikTok yang juga telah tiada.
“Mungkin dengan mak saya kot, mak saya pun dah lama tak balik (meninggal dunia),” komen pengguna TikTok terbabit.
“Aaa mesti dah jadi skandal kat sana (alam kubur) ni hmm,” balas individu berkenaan.
Arwah mengharapkan doa dari anak yg. soleh dan solehah tapi dapat bahan lawak saja.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 18, 2024
Nauzubillahhiminzalik
Sumber : Amirah Hussin pic.twitter.com/SwEkxttzpx
Jelas, gurauan kasar yang diberikan oleh mereka itu seolah-olah sudah hilang rasa hormat terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia.
Anak-anak patutnya titip dan kirim doa kepada ibu bapa, bukan jadikan bahan lawak
Ibu bapa merupakan individu yang paling banyak berjasa, maka sebagai anak seharusnya menitipkan dan mengirimkan doa kepada mereka.
Tidak hanya itu, menurut Jabatan Kemajian Islam Malaysia (JAKIM), doa kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
“Doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya merupakan di antara amalan yang tidak akan putus walaupun kedua ibu bapanya telah meninggal dunia,” kata JAKIM.
Sebahagian doa di dalam ayat al-Quran yang boleh kita amalkan :
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
Surah Ibrahim, ayat 41
Ramai kecam, kematian ibu bapa tak sepatutnya jadi bahan lawak atau gurauan
Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan individu-individu berkenaan yang disifatkan sebagai tiada akhlak dan biadap.
Malah, mereka turut menyatakan bahawa trend ‘dark joke’ atas kematian seseorang ini haruslah dihentikan agar tidak menjadi ikutan generasi muda yang lain.
Tidak hanya itu, menggunakan gurauan berkenaan untuk menutupi kesedihan atau mengubati hati selepas kehilangan insan yang tersayang juga tidak boleh dijadikan alasan.
Betul. Banyak orang anggap ini lawak dan gurauan semata2, tak faham kenapa benda mcmni nak di buat lawak. Ingat lucu ke? Entah lah. Nanti ckp sikit ada je jawapan diorang 🙃
— 沙希拉 (@shhraishak10) August 18, 2024
Ramai sekarang ni buat dark jokes macam ni, rata2 akhlak anak zaman sekarang sangat teruk
— Hanns (@hisshann_) August 19, 2024
Nnt adalah yg backup konon itu cara utk dorang berdamai dgn takdir. Buat lawak mcm tu supaya dorang tak rasa berat melepaskan pemergian org tersayang.
— Kimchi Masak Lemak (@BroKimchi) August 18, 2024
Tp dorang tak sedar yg cara tu biadab & melampau. Dah mcm mempersendakan agama plk siap melawak scandal bagai.
Rata2x akhlak dan tingkah laku anak2x semakin rendah mengikut edaran masa … malahan ramai dari mereka tidak faham istilah akhlak, maruah, tertib, budi bahasa kerana mereka hanya faham bende2x yg bersifat fisikal …
— سلواڠ ملاءوت (@seluangmelaut) August 18, 2024
lawak ke tuduh arwah bapak kau ngan arwah mak dia ada scandal. arwah tunggu kau bacakan al-fatihah, yassin. kau boleh buat lawak bodo pasal arwah. kesian arwah
— Timothée (@heydontBarfhere) August 18, 2024