fbpx
Now Reading
Edar Borang Tanya Pelajar Tentang Kekerapan Ayah Solat Fardu, ‘Cikgu Fadli’ Minta Sekolah Beri Penjelasan

Edar Borang Tanya Pelajar Tentang Kekerapan Ayah Solat Fardu, ‘Cikgu Fadli’ Minta Sekolah Beri Penjelasan

Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan bekas guru berpendapat borang yang bertanya tentang kekerapan ayah melaksanakan solat fardu itu boleh mendatangkan fitnah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, solat fardu merupakan kewajipan yang dituntut bagi setiap umat Islam yang sudah akil baligh.

Malah, solat juga adalah Rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah, disusuli dengan puasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji.

Walau bagaimanapun, wujud pihak sekolah yang dikatakan mengambil berat tentang kepatuhan ibu bapa bagi setiap pelajar beragama Islam dalam menunaikan solat fardu ini.


Murid Sekolah Didakwa Terima Borang Untuk Semak Kekerapan Ayah Melaksanakan Solat Fardu

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Mohd Fadli Salleh, bekas guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak ini berkongsi semula gambar menunjukkan sekeping borang yang dipercayai diedarkan kepada murid di sebuah sekolah.

Difahamkan, antara bahagian yang ditanya dalam borang tersebut adalah tentang kekerapan bapa mereka melaksanakan ibadah solat.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Bekas pendidik terkenal ini beranggapan borang tersebut boleh mendatangkan fitnah kerana anak-anak tidak meluangkan masa sepenuhnya dengan bapa mereka.

“Untuk anak yang jujur isi apa yang dia tahu, boleh jadi fitnah, boleh jadi umpatan. Sebab budak tu bukan setiap masa dengan ayahnya. Masa tak bersama ayahnya, kalau budak tu tick ‘Tidak pernah’ padahal ayah dia solat di masjid, dah jadi fitnah.

“Dan jika memang ada ayah yang langsung tak solat, anak tu jujur tick di ruangan itu, dah menjadi umpatan pula untuk sesiapa yang terlihat borang ini,” katanya.

Bekas guru ini juga mempersoalkan tentang dapatan yang mahu dinilai berdasarkan borang edaran itu.

“Apa dapatan yang ustaz dan ustazah nak ambil dari borang ini? Adakah mak ayah yang tak solat atau tak solat di masjid atau berjemaah akan dipanggil pihak sekolah untuk diberi ceramah?” soal Fadli.

Dia juga meminta agar pihak sekolah tersebut memberikan penerangan di sebalik isu tersebut.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Borang Itu

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai selepas melihat salah satu bahagian soalan yang ditanya dalam borang berkenaan.

Sesetengah individu berpendapat borang itu dibimbangi boleh mendatangkan fitnah sekiranya digunakan untuk tujuan tidak sepatutnya.

Malah, mereka turut menganggap soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada para pelajar tanpa melibatkan ibu bapa.

“Saya pun nak tahu apa tujuan kajian soal selidik ini dibuat? Patut buat untuk murid itu sendiri. Kalau melibatkan mak ayah ni, ia akan mengundang perspektif lain dan umpatan,” kata pengguna Facebook.

Sumber: Pexels

Selain itu, ada juga individu yang berpendapat Cikgu Fadli sepatutnya bertanya terlebih dahulu kepada guru di sekolah terlibat sebelum memuat naik gambar borang di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Sebelum cikgu up perkara ni di Facebook cikgu, patut clarify benda ni dulu. Cikgu sendiri tak pasti apa guna borang ni, tapi up di sini juga boleh mendatangkan fitnah kepada cikgu-cikgu lain,” ujar seorang netizen.

Walau bagaimanapun, segelintir pihak pula memberikan respon positif terhadap borang tersebut kerana menganggap ia boleh digunakan untuk menilai seseorang pelajar dari segi bacaan solat dan kefahaman dalam ibadah tersebut.

“Cikgu-cikgu hairan kenapa murid susah nak baca bacaan solat dan berjemaah pun tak boleh ikut. Bila kita tahu dapatan dari borang ni, empati lebih tinggi pada murid untuk mengajar dan memberi pesanan agar mereka menjaga solat,” kata seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook

Jadi apa pendapat anda pula mengenai perkara ini? Perlu atau tidak?

Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Ke Tandas Je, Tapi Kanak-kanak Ini Terus Solat Di Masjid Lepas Dengar Azan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.