fbpx

Izara Aishah Dikritik Kerana Tersilap Guna Terma ‘Jakun’ & Didakwa Rasis Terhadap Orang Rohingnya

Izara Aishah bagaimanapun menjelaskan, dia tidak berniat tidak baik sebaliknya ayat ‘Jakun’ hanyalah digunakan sebagai satu ekspresi terhadap sesuatu perkara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media melaporkan seramai 40 orang warga Palestin yang tercedera ekoran konflik yang berlaku di negara itu telah selamat dibawa ke Malaysia.

Difahamkan rakyat Palestin berkenaan dibawa ke negara ini untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialami oleh mereka.

Inisiatif oleh kerajaan Malaysia ini telah mendapat pujian dari ramai pihak namun ada juga segelintir yang mengkritik tindakan tersebut.

Lebih teruk lagi apabila ada yang mula mempersoalkan motif membawa rakyat Palestin dibawa ke negara ini, sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjelaskan beliau menerbangkan kumpulan rakyat Palestin itu ke sini.

Tegur netizen, sifatkan kedatangan rakyat Palestin hanya untuk mendapatkan rawatan

Perkara sama turut dilakukan oleh Izara Aishah apabila dia dilihat membalas satu ciapan di X dengan menjelaskan kedatangan rakyat Palestin hanya untuk dirawat.

“Ingat Palestin nak sangat ke jadi rakyat Malaysia. Dia datang untuk dirawat jelah. Berair mata sebab bayi kena penggal kepada dekat sana hari-hari.

“Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ini selalu tolong. Mestilah kita terharu. Dia orang ni susah nak tinggal negara dia orang. Al-Aqsa dekat situ, bukan masjid jamek,” tulis Izara.

Izara Aishah dikecam didakwa anti-Rohingnya dan salah guna nama suku kaum Orang Asli

Namun, apa yang menjadi perhatian aktres wanita itu turut dikecam apabila didakwa anti-Rohingya dan menyalahgunakan nama suku kaum Orang Asli, Jakun dalam salah satu hantarannya.

Perkara itu menjadi bualan ramai selepas Izara membuat satu hantaran untuk membalas kepada seorang pengguna akaun di X yang menyebut tentang Rohingnya yang tidak mendapat perhatian dan layanan sama seperti Palestin.

“Satu dunia mengadu bagaimana bermasalahnya orang Rohingnya dan sikap tidak menghargai mereka telah menyebabkan kekacauan di negara sendiri. Jangan bandingkannya dengan Palestin.”

Didakwa mempunyai sikap ‘double standard’ terhadap Rohingnya

Dia juga turut memaklumkan apa yang dikatakan itu adalah berdasarkan artikel yang dikeluarkan dan tidak memandai-mandai mengenainya selepas dicop ‘double standard’ oleh seorang pengguna X yang lain.

“Bukanlah (tidak double standard). Itu dari artikel, memang Bangladesh, Indonesia dan lain-lain mengkritik macam tu bukan aku yang memandai. Aku ni dah lah cakap nak makan taugeh pun masuk berita. Ingat nak senang je tulis ayat macam tu, macam bongkak. Itu laporan dunia lah,” jelasnya lagi.

Ramai minta hati-hati dalam berbicara, Izara didakwa ‘racist’

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang mengkritik tindakan Izara Aishah dan memintanya untuk berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Tidak kurang juga ada yang menggelar pelakon terkenal itu sebagai ‘racist’.

“It’s intellectually lazy to compare the Rohingyas’ struggles to those of the Palestinians without first understanding their distinct geopolitical and historical contexts. This false equivalence oversimplifies complex problems”
“Satu dunia ya.. yakinnya kamu”

Didakwa salah guna nama suku kaum Orang Asli Jakun

Dalam pada itu, Izara turut dikritik apabila didakwa menyalahgunakan nama suku kaum orang Asli iaitu Jakun dalam satu hantarannya untuk membalas kepada salah seorang pengguna X yang mengatakan dia tidak mengetahui maksud bagi perkataan ‘Daft’ (Silly atau bodoh).

“Allah itu hanya satu slang (perkataan daft) tapi punya jakun seronok lah dapat satu point untuk menampar kepada satu perkara kecil,” katanya.

Orang ramai kemudiannya mula menegur pelakon berkenaan dengan mengatakan dia tidak sepatutnya menggunakan nama tersebut untuk menggambarkan perkara yang tidak elok.

Malah ada juga yang berkongsi tangkap layar dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenai maksud Jakun.

“Izara, Jakun tu nama suku kaum orang Asli. Jangan gunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tak elok”

“Saya rasa awak tahu apa itu Jakun? Bagus lah. Gunakan cercaan lagi, benci Rohingnya. Gunakan cercaan berbau perkauman”

Izara tampil jelaskan perkataan ‘Jakun’ hanya untuk ekspresi

Sedar dikritik mengenai perkara itu, Izara kemudian menjelaskan perkataan ‘Jakun’ yang digunakannya hanyalah untuk menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu perkara.

Malah ianya tidak ditujukan kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

Namun Izara memaklumkan dia bersedia untuk tidak lagi menggunakan terma tersebut meskipun menurutnya terma itu digunpakai oleh banyak pihak.

Ada yang jelaskan perkataan ‘Jakun’ membawa maksud lain

Meskipun ada yang terus mengkritik namun ada juga segelintir yang memahami maksud Izara apabila tampil menjelaskan penggunaan perkataan itu turut digunakan secara meluas di banyak kawasan lain dan tidak hanya merujuk kepada suku kaum berkenaan.

Malah Izara turut berkongsi satu hantaran dari seorang pengguna X turut berkongsi maksud ‘Jakun’ berdasarkan kamus Dewan terbitan 2020.

Dalam satu hantaran baharunya, Izara turut meluahkan orang ramai yang mengecamnya atas penggunaan perkataan ‘Jakun’ itu sebenarnya tahu ia merujuk kepada ekspresi dalam hantaran sebelum ini.

Malah ia tidak ada kena mengena dengan cercaan kepada perkauman.

Sebagai info, Jakun merupakan salah satu suku kaum orang Asli yang berada di Malaysia khusunya di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Namun perkataan ‘Jakun’ kerap disalah erti apabila ada pihak yang menggunakan ayat tersebut untuk merendah-rendahkan orang lain. Selain ‘Jakun’, ada juga yang menggunakan perkataan lain yang membabitkan Orang Asli seperti Batak dan Sakai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.