fbpx
Now Reading
Ramai Minta Menu Sihat, Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Penyet Versi Diet [Video]

Ramai Minta Menu Sihat, Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Penyet Versi Diet [Video]

Khairul Aming dalam resepi tersebut turut memilih untuk membakar ayam penyet menggunakan air fryer bagik menghasilkan menu sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ada yang mula membayangkan resepi masakannya yang mengiurkan setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Malah sikapnya yang positif dan sentiasa mementingkan ilmu membuatkan Khairul Aming yang merupakan usahawan dan influencer menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Bukan hanya itu, Khairul Aming juga turut berkongsi mengenai kisahnya yang berjaya menurunkan berat badan menerusi diet dan senaman yang konsisten agar ia boleh menjadi ikutan orang ramai.

Baca artikel berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai

Khairul Aming kongsi resepi ayam penyet versi sihat

Baru-baru ini, orang ramai khususnya pengikut setia Khairul Aming telah meminta usahawan tersebut berkongsi menu sihat menggunakan barangan murah serta mudah untuk didapati.

Mendengar permintaan peminatnya yang ingin menjalani kehidupan yang sihat, Khairul Aming kemudiannya menunaikan permintaan mereka apabila tampil berkongsi resepi Ayam Penyet versi sihat.

Resipi dikongsikan mempunyai kalori rendah

Malah apa yang penting, makanan atau menu resipi yang dikongsikan juga mempunyai kalori yang rendah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Khairul Aming menggunakan:

  • Dua batang cili besar
  • Empat cili padi hijau
  • Empat cili padi merah
  • Satu biji tomato
  • Empat ulas bawang putih dan ia dibakar di dalam air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit.

Bagi bahagian protein pula iaitu ayam, awalnya Khairul Aming menggaul dua ketul ayam menggunakan serbuk kunyit, ketumbar, lada hitam, sedikit garam dan satu sudu minyak masak kelapa sawit.

“Minyak masak kelapa sawit kita sihat ya, jangan terpedaya dengan propaganda negara barat, haa semua benda nak diet kena guna sunflower oil lah, minyak zaitun lah. Tak perlu, minyak sawit okay untuk diguna.

“Lepas tu kita punya lada tadi tu dah masak (siap dibakar), korang masukkan sedikit belacan dan air kemudian kisarkan semua. Kemudian ayam pula bakar pada suhu 200°C selama 25 minit sehingga ia menjadi rangup seperti ini (dalam video) dan sedia untuk dihidang,” katanya.

Saran ambil makanan ikut portion ‘suku,suku, separuh’

Dia juga turut menyarankan orang ramai untuk mengambil makanan tersebut dengan sukatan ‘suku,suku, separuh’ kepada mereka yang ingin memulakan pemakanan sihat.

Khairul Aming turut meletakkan sedikit kicap sebagai penambah rasa.

“Jangan fikir kalau diet tak boleh makan nasi. Boleh, kita perlukan nasi untuk tenaga. Lepas tu letak kicap sikit pun tak apa untuk bagi rasa.”

Di akhir video, Khairul Aming turut berpesan kepada orang ramai untuk bersenam untuk kehidupan yang lebih sihat serta memaklumkan dia bersedia untuk berkongsi lebih banyak lagi video menu diet sihat jika mendapat permintaan ramai.

Melihat di ruangan komen, ramai yang inginkan lebih banyak lagi menu diet yang sihat serta menyifatkan resepi yang dikongsikan menyelerakan.

“Nak resepi diet sedap lagi please”

“Dia sebenarnya basic makan, makan je apa-apa. Tapi gaya atau teknik nak masak je kena healthy kan”

“Lagi resepi sihat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.