fbpx
Now Reading
Chef Zam Persoal Kafe Terkenal Dalam ‘Mall’ Jual Nasi Lemak Tapi Sambal Perlu Beli Asing [Video]

Chef Zam Persoal Kafe Terkenal Dalam ‘Mall’ Jual Nasi Lemak Tapi Sambal Perlu Beli Asing [Video]

Menurut Chef Zam, kuantiti sepinggan rendang ayam juga kelihatan sangat sedikit dan tidak berpatutan dengan harganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, masalah ekonomi yang berlaku akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barang sekali gus menjejaskan peniaga mahupun pembeli.

Malah, ada juga peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan bagi menjamin pulangan modal serta untung yang akan diperolehi.

Pun begitu, masih ada segelintir peniagan yang memilih untuk untuk mendapatkan keuntungan yang lebih sehingga tergamak menjual makanan pada harga yang tidak masuk akal.

Chef Zam begang, dakwa kedai makan jual set nasi lemak harga tak berpatutan

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila cef selebriti, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam berang selepas mendakwa sebuah kedai makan di dalam sebuah pusat beli-belah menjual nasi lemak pada harga yang tidak berpatutan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya itu, Chef Zam berkata, dia membeli satu set menu nasi lemak bersama rendang ayam dan juga air teh ais pada harga RM17.90.

Menurutnya, bagaimanapun kuantiti sepinggan rendang ayam terbabit kelihatan sangat sedikit dan tidak berpatutan dengan harganya.

@chef.zam

Replying to @Leo Chrisnell @Bungkus Kaw Kaw

♬ original sound – Chef.Zam – Chef.Zam

Jual nasi lemak berlauk tapi tiada sambal, perlu beli asing kalau nak?

Lebih mengejutkan lagi, Chef Zam mendakwa nasi lemak berlauk berkenaan juga tidak disertakan sekali dengan sambal seperti nasi lemak yang lain.

Jelasnya, dia perlu menambah duit untuk membeli sambal nasi lemak yang dijual secara berasingan di kedai makan berkenaan.

“Jangan cuba menipu duit pelanggan boleh? Kepala hangguk dia, jual nasi lemak takda sambal dan kena tambah duit lain kalau nak sambal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@chef.zam

Jangan cuba menipu duit customers!, boleh??? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak de sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!!!🤬🤬🤬🤬 @Bungkus Kaw Kaw @KPDN SELANGOR @KPDN

♬ original sound – Chef.Zam – Chef.Zam

Nasi lemak biasa kebiasaannya bersambal – pengalaman kami

Berdasarkan pengalaman kami membeli nasi lemak di kedai makan terbabit sebelum ini, sambal sememangnya disertakan bersama nasi lemak yang dijual.

Namun, tidak dapat dipastikan adakah nasi lemak berlauk memang tidak disediakan sambal seperti dakwaan Chef Zam atau pekerja di cawangan berkenaan terlupa untuk menyediakannya bersama.

Baca Artikel Berkaitan: KPDN Beri Notis Kepada Kedai Makan Di Langkawi Caj Ayam Goreng Kunyit RM20

Baca Artikel Berkaitan: “Sotong Kecil Caj RM2 Seekor” – Pelanggan Terkejut Kedai Makan Di Desa Pandan ‘Cekik Darah’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.