5 Tahun Menetap Di Malaysia, Wanita Muslimah Jepun Begitu Fasih Berbahasa Melayu [Video]
Menerusi video tersebut, Anna yang sudah 5 tahun menetap di Malaysia menjelaskan dia mempelajari Bahasa Melayu (BM).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila ke sesebuah negara yang menggunakan bahasa berlainan, tentu kita ingin mempelajari dan menguasai bahasa ibunda mereka.
Ini kerana, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam proses komunikasi yang lebih baik tidak kiralah dalam perkara apa sekali pun.
Wanita muslimah berasal dari Jepun fasih cakap Bahasa Melayu
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita muslimah yang berasal dari Jepun ini apabila dia dilihat sangat fasih berbahasa Melayu (BM) sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Jepun Mudah, awalnya seorang lelaki telah menemuramah seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Anna Farhana di sebuah pusat membeli-belah.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan telah bertanya kepada Anna adakah dia boleh berbahasa Jepun. Anna kemudiannya menjawab ‘boleh’. Ini kerana, wanita muslimah itu sememangnya berasal dari Jepun.
Bertutur dalam bahasa Jepun, akui dah menetap di Malaysia selama 5 tahun
Perkara itu membuatkan lelaki berkenaan terkejut kerana dia dilihat sangat fasih berbahasa Melayu. Bagi membuktikan dia sememangnya berasal dari Jepun, Anna kemudian mengucapkan ‘koniciwa’ kepada lelaki berkenaan.
Mereka kemudian berkomunikasi menggunakan bahasa Jepun dan lelaki itu bertanya bagaimana dia boleh menjadi fasih dalam bahasa Melayu? Anna mengatakan dia mempelajari bahasa Melayu dan sudah menetap di Malaysia selama 5 tahun.
Perbualan itu bagaimanapun di lakukan dengan menggunakan bahasa Jepun. Lelaki itu turut memuji Anna dengan mengatakan Bahasa Melayu sangat bagus dan bertanya bagaimanakah kehidupannya di negara ini.
Anna menjawab ianya terbaik. Sebelum beredar lelaki itu turut memesan sekiranya mereka berkesempatan berjumpa di Jepun, dia meminta Anna untuk menegurnya dengan menggunakan Bahasa Melayu.
Turut buat video kolaborasi perbezaan bahasa Jepun dengan dialek Kansai
Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, lelaki berkenaan ada membuat satu video kolaborasi bersama Anna mengenai perbezaan perkataan bahasa Jepun dengan dialek Kansai.
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat Anna fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.