fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Kebaikan Baca Bismillah & Ucap Benda Baik Semasa Minum Air Kosong [Video]

Doktor Kongsi Kebaikan Baca Bismillah & Ucap Benda Baik Semasa Minum Air Kosong [Video]

Menurut Dr Azri, sel darah merah dan hemoglobinnya berubah menjadi lebih tersusun selepas minum air yang mempunyai molekul lebih cantik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Air kosong atau turut dipanggil air jarang/ air putih merupakan komponen yang penting untuk badan manusia.

Ini kerana, kadar air yang kurang di dalam badan boleh membuatkan seseorang berasa keletihan, pening, pengsan dan banyak lagi.

Oleh itu, setiap individu perlu memastikan badan mereka mendapatkan jumlah air yang cukup dengan cara meminumnya.

Dr kongsi molekul air boleh berubah apabila dibacakan kata-kata baik

Bercakap mengenai air kosong, seorang doktor yang dikenali sebagai Azri Aizat Ruhaizan telah berkongsi fakta menarik mengenai molekul di dalam air kosong.

Kata Dr Azri minum air kosong dengan menyebut ayat bismillah dan disertakan dengan kata-kata yang baik adalah lebih bagus.

Ini kerana, perkataan yang baik dapat memberi impak terhadap air yang diminum.

“Jadi kita kena tahu yang air mempunyai struktur atau molekul yang berubah mengikut persekitaran, ini adalah contoh (papar bentuk molekul air) air yang dibacakan perkataan positif, dibacakan ayat al-Quran, benda yang baik.

“Ada juga contoh ayat atau muzik-muzik berunsur jahat, black metal. Semua akan merubah struktur air ni jadi teruk,” katanya.

Menurut Dr Azri lagi, molekul air yang berubah menjadi teruk boleh memberi kesan kepada badan seseorang manusia.

Sel darah dan hemoglobin berubah selepas minum air yang mempunyai molekul cantik

Malah Dr Azri turut berkongsi pengalamannya sewaktu menghadiri satu persidangan mengenai kanser di mana satu uji kaji yang dilakukan mendapati sel darah merah dan hemoglobinnya berubah selepas meminum air yang mempunyai molek.

Ujarnya, sel kanser tidak dapat membiak sekiranya terdapat oksigen, dan ia sangat penting terhadap darah seseorang.

“Apabila saya buat ujian darah dan lihat menggunakan mikroskop, dan kelihatan sel darah saya bergumpal antara sel darah merah dengan hemoglobin. Seperti yang kita tahu fungsi hemoglobin adalah membawa oksigen.

“Apabila ia bergumpal, dia tak dapat nak bawa oksigen secara optimum. Nak di jadikan cerita mereka ni sebenarnya menjual produk, ada mesin yang boleh keluarkan ‘resonance’ supaya molekul air menjadi cantik dan stabil seperti air yang natural.”

Jelasnya, selepas dia meminum air tersebut dan membuat ujian darah semula, kelihatan darahnya sudah tidak bergumpal dan lebih tersusun.

Ini bermaksud, oksigen dapat disalurkan menjadi semakin baik, maka nutrien yang diperlukan oleh badan juga dapat dihantar ke seluruh badan.

Dr Masaru Emoto merupakan individu yang membuat kajian mengenai molekul air

Memetik laporan Sindonews, pada beberapa tahun lalu terdapat pengkaji dari Jepun iaitu Dr Masaru Emoto yang membuat kajian secara saintifik bagaimana molekul air berubah apabila didedahkan kepada kata-kata, bunyi dan sebagainya.

Malah Dr Emoto turut mendokumentasikan kajiannya di dalam sebuah buku bertajuk The Hidden Messages in Water.

Dalam buku berkenaan Dr Emoto berkongsi perubahan molekul air apabila ia didedahkan kepada niat manusia yang penyayang, baik hati dan positif menghasilkan pembentukan molekul fizikal yang menyenangkan.

Namun ia sangat berbeza apabila ia didedahkan kepada manusia yang penakut dan mempunyai niat buruk apabila molekulnya kelihatan terputus dan cacat.

Menurut The Welness Enterprise, dalam kajiannya Dr Emoto turut menunjukkan perbezaan bentuk molekul air apabila ia didedahkan kepada pencemaran, toksik, lagu dan sebagainya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.