Gelagat Bapa ‘Merajuk’ Dengan Anak Hingga Sanggup Balik Rumah Jalan Kaki Raih Perhatian [Video]
Menerusi video, kelihatan si bapa berpura-pura berlari dan enggan masuk ke dalam kereta sewaktu pulang ke rumah selepas menjemput anaknya dari sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hidup berkeluarga sememangnya membahagiakan, meskipun ada yang jarang dapat bersua namun mereka sentiasa berada dekat di hati.
Malah gelagat yang menghiburkan setiap ahli keluarga turut memeriahkan lagi hubungan tersebut.
Gelagat bapa merajuk dengan anak raih perhatian ramai
Perkara ini sama seperti apa yang berlaku terhadap sebuah keluarga ini apabila berjaya meraih perhatian ramai kerana gelagat si bapa yang berpura-pura merajuk dengan anaknya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ndibsy di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki yang juga bapa kepada kanak-kanak bernama Uwais sedang berjalan selepas keluar dari sebuah masjid.
Menurut Ndibsy yang merupakan ibu kepada Uwais, suaminya itu merajuk kerana si anak enggan memeluknya selepas pulang dari sekolah.
“Cerita dia lepas ambil anak (Uwais) dekat sekolah, Uwais peluk Umi dia je. Dia (suami) tanyalah kenapa tak nak hug Abi? (ayah).
“Uwais balas ‘nak peluk umi je.’ Dengan buat muka merajuk dia pun cakap ‘Umi dengan Uwais jelah naik kereta, Abi jalan kaki je balik rumah’,” beritahu wanita berkenaan di ruang kapsyen.
Anak turut serta menyakat bapa yang sedang merajuk
Namun apa yang menjadi perhatian Uwais tidak memujuk bapanya, malah menyakat si ayah dengan berkata ‘Okay, abi balik jalan kaki tau.’
Si bapa yang terkedu dengan jawapan anaknya itu, kemudian singgah ke masjid untuk menunaikan solat.
Sebaik sahaja selesai kelihatan wanita yang sedang memandu kereta tersebut cuba untuk mendekati suaminya, namun dia bertindak berlari keluar menuju ke arah pintu pagar masjid berkenaan.
Tidak berputus asa wanita itu dan anaknya mengikuti si bapa dari arah belakang, tetapi apabila kereta mula mendekatinya dia kembali berlari seolah-olah sedang merajuk dengan anak kecil terbabit.
Melihat perkara itu, Ndibsy dan anaknya tertawa kerana terhibur dengan gelagat dan gurau si bapa.
Si anak terus melekat dengan bapa apabila sampai di rumah
Di ruangan komen Ndibsy memaklumkan apabila sampai sahaja di rumah Uwais terus berada dekat dengan bapanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat keletah lelaki berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang bergurau menyifatkan meskipun merajuk namun dia seperti sedang menjaga kesihatan kerana berlari bersungguh-sungguh.