fbpx
Now Reading
“Guru Bukan Designer, Semua Buat & Belajar Sendiri”- Cikgu Ulas Kontroversi Poster Merdeka

“Guru Bukan Designer, Semua Buat & Belajar Sendiri”- Cikgu Ulas Kontroversi Poster Merdeka

Menurut pengguna Facebook berkenaan, hantaran itu bukanlah mahu menyebelahi guru terlibat namun ia sebagai pengajaran buat dirinya pada masa hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai rekaan poster pertandingan buku skrap sempena bulan kemerdekaan anjuran sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Rekaan poster itu nyata menjadi perhatian disebabkan penggunaan imej menggunakan tiga askar dari negara China berbanding perajurit tempatan hingga menjadi bualan ramai.

Antaranya seperti Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang berpendapat kesilapan berkenaan tidak seharusnya berlaku dan dianggap boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Namun, guru terbabit telahpun memohon maaf pada hari yang sama rekaan poster berkenaan tular pada 16 Ogos lalu.

Baca Artikel Berkaitan: MCA Cadang Saman Pihak Yang Guna Gambar Askar China Dalam Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan

Guru Bukan Designer, Tiada Kepakaran Dalam Bidang Tertentu

Susulan isu yang tular itu, seorang guru telah tampil berkongsi pandangannya berhubung isu rekaan poster berkenaan.

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Facebook miliknya, guru yang dikenali sebagai Muiez itu menjelaskan niatnya bukanlah menyebelahi mana-mana pihak namun ia sekadar perkongsian mengenai situasi yang dihadapi oleh insan yang bergelar cikgu ini.

“Banyak komen yang saya baca. Ada yang kata cikgu buat kerja last minitlah. Cikgu b*doh tak reti nilailah. Cikgu buat kerja cincailah. Macam-macam. Ya benar, cikgu tu mungkin salah sebab tak semak dulu. Itu saya akui.

“Cuma satu perkara yang netizen kena tahu. Guru-guru ini bukannya designer. Tidak ada satu pun department di sekolah yang menjaga media sosial, tidak ada department yang jaga grafik design dan seangkatan dengannya.

“Kami ni, cikgu yang mungkin tak ada kepakaran langsung dalam design,” tulisnya.

Semua Kena Belajar & Buat Sendiri

Muiez yang juga seorang penyampai sebuah program pendidikan menjelaskan akibat kekurangan ini, majoriti guru perlu belajar dan membuat sendiri rekaan tersebut.

“Semuanya pandai-pandai sendiri. Perlahan-lahan kami belajar. Antara yang paling mudah ialah Canva dan Postermywall. Design dah siap. Hanya tukar ayat dan masuk logo saja.

“Kalau buat video, paling cikai pun CapCut. Itu saja yang mudah. Dalam satu sekolah, berapa orang je yang mahir.

“Nak guna adobe, boleh dikira dalam satu sekolah berapa ramai yang tahu. Kalau ada seorang dua yang pandai, itu pun dah cukup ramai,” tulisnya lagi.

Foto: Tangkap Layar Facebook

Guru Cuba Sehabis Baik, Anggap Kejadian Sebagai Iktibar

Jelasnya lagi, dia bukanlah mahu menyebelahi guru berkenaan namun hantarannya itu sekadar untuk mengingatkan kerana terdapat segelintir pengguna media sosial yang dilihat berlebih dalam mengeluarkan pendapat.

Malah, dia turut menganggap insiden berkenaan sebagai pengajaran buat dirinya sendiri agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Saya tidak mengatakan cikgu itu tak bersalah. Salah tetap salah. Tapi bila hentam cikgu tu macam tiada ampun, kutuk macam dosa masuk neraka terus, lebih teruk lagi bila dikaitkan dengan politik dan ideologi komunis, saya kira itu tidak patut.

“Kami guru-guru ni cuba sehabis baik untuk buat apa yang kami termampu. Semuanya untuk anak-anak. Cuma, kadang-kadang terkhilaf.

“Ingat! Saya tak kata cikgu itu tak bersalah. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pun dah mula siasat. Cikgu pun sudah minta maaf atas kelalaiannya. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Nasihat juga untuk diri saya sebagai tukang buat poster tak rasmi untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling. Harapnya lepas ni lebih berhati-hati,” tulisnya lagi.

Foto: Tangkap Layar Facebook

Hantaran Undang Pelbagai Reaksi

Hantaran itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka memahami apa yang diluahkan oleh guru berkenaan.

Namun kebanyakannya berpendapat pihak terlibat seharusnya lebih sensitif dan melakukan semakan terlebih dahulu sebelum membuat hebahan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan tegas terhadap guru yang menghasilkan poster berkenaan.

Ini kerana menurut Fadhlina, kesilapan itu dianggap serius dan perlu melalui siasatan unit integriti dan tindakan tatatertib dari KPM.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Kalau Bukan Designer Sekalipun, Boleh Tahu Dah Kot Tentera Malaysia Mana Satu Sampai Nak Kena Pakai Tentera Luar”

“Dia Sudah Meminta Maaf, Dia Tidak Berniat Begitu”

“Please Buat Due Dilligence Dulu”

Baca Artikel Berkaitan: Isu Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan Guna Gambar Askar China, Guru Sudah Mohon Maaf

Baca Artikel Berkaitan: MCA Cadang Saman Pihak Yang Guna Gambar Askar China Dalam Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.