fbpx

Ramai Geli, Pelanggan Jumpa Ulat Sampah Dalam Nasi Goreng [Video]

Menerusi video tersebut, terlihat kelibat ulat berwarna putih seperti ulat sampah dalam nasi goreng berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang menceburi bidang perniagaan makanan pasti tahu kebersihan merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk dititikberatkan.

Namun tak dinafikan ada segelintir dari peniaga mahupun pekerja yang bekerja dalam industri makanan tersebut hanya memandang enteng mengenai isu kebersihan.

Perkara ini bukan sahaja melanggar undang-undang malah mencetuskan bahaya kerana kebersihan yang tidak dijaga boleh menyebabkan pelanggan mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan sehingga meragut nyawa.

Jumpa ulat dalam hidangan nasi goreng di restoran

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pelanggan turut berdepan perkara sama apabila menjumpai sesuatu bendasing dalam makanannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @arifxoxo di TikTok, awalnya kelihatan dia bersama rakan-rakan telah berkunjung ke sebuah restoran yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor.

Salah seorang daripada rakannya yang juga wanita telah memesan nasi goreng ayam. Namun apa yang menjadi perhatian, selepas makan makanan itu dia kemudian menjumpai seekor ulat berwarna putih seperti ulat sampah sedang bergerak dalam nasi goreng berkenaan.

Sedar mengenai perkara itu, dia kemudian memaklumkan kepada pekerja kedai berkenaan dan nasi goreng itu diambil mungkin untuk ditukarkan dengan yang baru.

Sebelum kejadian nasi goreng, lelaki jumpa lipas dalam tomyam dibeli dekat kedai berdekatan

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, pada hari sebelumnya Arif memaklumkan dia ada terjumpa lipas dalam tomyam yang dibeli di sebuah kedai makan lain yang kebetulan berdekatan dengan restoran terbabit.

Melihat di ruangan komen, ramai yang geli melihat ulat yang berada dalam nasi goreng berkenaan.

Malah ada yang mendakwa kedai tersebut mungkin disihir kerana pelik bagaimana ulat tersebut muncul walhal nasi itu sudah dimasak.

Ada juga berpendapat perkara seperti itu membuatkan mereka enggan makan di luar sebaliknya lebih selesa makan di rumah.

@arifxoxo2

Replying to @Ottmar ni kedai mamak berdekatan dengan maulana tu pula sy kena semalamnya🤢🤦🏻 #fyp #abadi #ttdi

♬ original sound – Apeksem🔥 – Apeksem🔥

“Sampai sekarang aku tak makan kedai..”

“Dalam nasi goreng ada ulat”

“Sebab tu aku kalau makan dekat luar, tak nak pesan yang ayam seketul ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.