fbpx
Now Reading
“Dia Panas” – Bapa Bawa Anak Duduk Dalam Peti Ais Selepas Kemoterapi, Undang Sebak [Video]

“Dia Panas” – Bapa Bawa Anak Duduk Dalam Peti Ais Selepas Kemoterapi, Undang Sebak [Video]

Namun, bapa kepada kanak-kanak terbabit kelihatan sangat kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dirinya serta anaknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia, pasti akan berdepan pelbagai cabaran dan ujian dalam yang berbeza-beza, mustahil jika ada orang yang hidup bahagia sentiasa.

Bagi umat Islam pula, kita haruslah bersabar dan bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT kerana disebaliknya pasti ada hikmah atau ganjaran yang akan menanti, jika tidak di dunia ini pasti di akhirat kelak.

Tidak dinafikan, ada yang diuji dengan kemiskinan serta hidup serba kekurangan dan ada pula yang diuji dengan kesihatan.

Kanak-kanak hidap kanser kena letak dalam peti ais kerana panas selepas kemoterapi

Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip rakaman sesi siaran langsung (live) di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai menghidapi kanser mata terpaksa diletakkan dalam peti ais setiap malam kerana kepanasan selepas menjalani rawatan kemoterapi.

Menerusi ‘live’ TikTok bapa kanak-kanak tersebut, @Papa Panda bersama influencer, Acap atau nama sebenarnya Mohamad Asraf Jaafar (@acaps19), lelaki itu memberitahu anaknya yang dikenali sebagai Alisa perlu dimasukkan di dalam peti ais sebelum tidur.

“Biasa bang malam-malam ni dia pelik sikit minta duduk dalam peti ais. Dia baru lepas kemoterapi. Jap saya masukkan dia dalam peti ais.

“Dia macam nilah bang, setiap malam kalau dia nak tidur nak masuk dalam peti ais,” katanya.

Susulan itu, Acap dilihat gagal menahan perasaan sebaknya setelah mengetahui ujian yang begitu berat dilalui oleh keluarga terbabit.

“Aku tak boleh cakap jap,” kata Acap sambil menangis sebelum meneruskan kembali perbualan tersebut.

Bapa kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadap anaknya

Namun, bapa kepada kanak-kanak terbabit kelihatan sangat kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dirinya serta anaknya itu.

“Takpa Allah uji kita, kita kena terima,” kata lelaki itu sebelum berterima kasih kepada para penonton yang memberinya ‘gift’ semasa siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan memaklumkan yang dia bekerja di estet, manakala isterinya pula tidak bekerja dan pendapatan yang diperolehinya hanya mampu membayar bil air dan elektrik sahaja.

@yulilamisyu

Part ni paling sedih Allahh.. kau angkatlah segala kesakitan ank ini.. #fyp

♬ original sound – Luluuu – Yulila

Ramai sebak dan titip doa buat keluarga terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat ujian yang harus dilalui oleh kanak-kanak terbabit di awal usia begitu.

Kebanyakan orang ramai turut menitipkan doa agar ujian keluarga terbabit dimudahkan selain mereka terus diberikan kekuatan serta ketabahan.

Tidak hanya itu, ada juga yang mengakui bahawa tubuh badan seseorang yang menjalani rawatan kimoterapi sememangnya akan menjadi panas.

“Tak boleh nangis depan anak, tapi hati Allah sahaja yang tahu..”

“Aku pula nangis, Allahu macam itu lah arwah adik aku dulu kimo”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.