Nasi Lemak Rendang Ayam Kini Dihidang Dengan Sambal & Kuah Rendang – Bungkus Kaw Kaw
Chef Zam sebelum ini mengkritik Bungkus Kaw Kaw kerana tidak menyertakan sambal untuk Nasi Lemak Rendang Ayam yang dijual mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini kecoh apabila cef selebriti, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam mengkritik sebuah kafe terkenal, Bungkus Kaw Kaw kerana tidak menyertakan sambal untuk Nasi Lemak Rendang Ayam yang dipesannya.
Menurut Chef Zam, nasi lemak yang dibelinya hanya disertakan lauk ayam rendang sahaja dan dia perlu menambah duit semata-mata untuk membeli sambal nasi lemak itu yang dijual secara berasingan di kedai makan berkenaan.
Hantaran tersebut membuatkan ramai pengguna media sosial tidak berpuas hati memandangkan nasi lemak boleh disifatkan sebagai tidak lengkap sekiranya tidak dihidang bersama sambal.
Baca artikel berkaitan: Chef Zam Persoal Kafe Terkenal Dalam ‘Mall’ Jual Nasi Lemak Tapi Sambal Perlu Beli Asing [Video]
Bungkus Kaw Kaw tawar 6 menu nasi lemak
Peka dengan perkara tersebut, pihak pengurusan Bungkus Kaw Kaw hari ini (23 Ogos) tampil mengakui Nasi Lemak Rendang Ayam yang dijual mereka memang tidak disertakan sambal.
Menurut perusahaan F&B tersebut, mereka menawarkan enam (6) jenis menu nasi lemak yang setiap satunya mempunya profil rasa sambal atau kuah yang berbeza dengan hanya Nasi Lemak Original sahaja yang dihidang bersama sambal nasi lemak.
Manakala lima lagi menu seperti Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak Ayam Merah, Nasi Lemak Sambal Udang, Nasi Lemak Petai Udang dan Nasi Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong dihidang bersama sambal atau kuahnya yang tersendiri.
Sekiranya terdapat penambahan (add-on) pada menu sedia ada, barulah pihaknya akan mengenakan caj tambahan terhadap pelanggan.
Nasi Lemak Ayam Rendang kini tersedia dengan sambal dan kuah rendang
Tambah syarikat itu lagi, mereka menerima kritikan Chef Zam dengan hati terbuka justeru telah melakukan penambahbaikan di mana menu Nasi Lemak Rendang Ayam kini akan disertakan bersama sambal dan juga kuah rendang.
“Kami menerima komen daripada beliau (Chef Zam) dengan hati terbuka dan penambahbaikan segera dilaksanakan pada menu Nasi Lemak Rendang Ayam kami. Oleh itu, tindakan yang akan diambil oleh pihak kami adalah dengan menghidangkan Nasi Lemak Rendang Ayam bersama dengan Sambal Nasi Lemak berserta Kuah Rendang.”
Bungkus Kaw Kaw
Sudah cuba hubungi Chef Zam
Tambah Bungus Kaw Kaw lagi, mereka juga telah cuba menghubungi Chef Zam bagi menjernihkan keadaan berhubung isu ini.
“Kami juga berterima kasih di atas komen-komen yang membina daripada pengguna di media
massa. Kami sentiasa berlapang dada untuk menerima komen yang membina daripada pelanggan kami bagi meningkatkan lagi mutu jenama Bungkus Kaw Kaw. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan.”
Baca artikel berkaitan: