fbpx

Perbualan Tidak Senonoh Kanak-Kanak Tahun 4 Di Grup WhatsApp Jadi Perhatian

Selain daripada topik perbualan lucah antara murid tahun empat itu, nama kumpulan WhatsApp mereka turut menjadi perhatian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, gajet seperti telefon bimbit dilihat menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.

Ini kerana fungsi utamanya sebagai alat perhubungan menjadikan setiap orang perlu memilikinya tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak.

Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa pada masa kini menyediakan telefon bimbit ataupun tablet buat anak bagi memudahkan mereka untuk berhubung.

Murid Tahun Empat Sembang Perbualan Lucah Di WhatsApp

Walau bagaimanapun, ada segelintir kanak-kanak yang dilihat telah menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Cikgu Aben, dia berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan perbualan murid tahun empat dalam satu kumpulan di aplikasi WhatsApp.

Apa yang menjadi perhatian adalah isi perbualan kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu boleh disifatkan agak keterlaluan kerana perbualan mereka berkisar tentang alat sulit lelaki.

Pada mulanya dapat dilihat salah seorang kanak-kanak berkenaan meminta rakannya di dalam kumpulan tersebut untuk menunjukkan alat sulitnya.

“Mana hang punya k*te nak tengok. Semat ke dal?” tulis kanak-kanak berkenaan.

Namun, rakan kanak-kanak itu hanya memberikan emoji gambar pisang sebagai balasan permintaan budak lelaki berkenaan.

Balas Mesej Dengan Maksud Double Meaning

Sekali lagi, balasan kanak-kanak itu mengejutkan ramai pihak apabila dia seakan-akan berfikiran tidak senonoh atau double meaning sebaik sahaja melihat balasan rakannya itu.

Walau bagaimanapun, tiada tangkap layar sambungan yang memaparkan perbualan lanjut kanak-kanak itu dikongsikan menerusi hantaran tersebut.

Nama Kumpulan WhatsApp Turut Jadi perhatian

Selain daripada isi kandungan antara murid tahun empat itu, nama kumpulan WhatsApp mereka turut menjadi perhatian.

Ini kerana kumpulan WhatsApp yang diberi nama sebagai ‘Group Isap Dadah’ seakan tidak sesuai dengan mereka.

“Ini baru murid darjah empat bersamaan 10 tahun. Wahai ibu bapa, tolong pantau handphone anak-anak anda. Bahaya ni,” tulis pengguna Facebook berkenaan.

Pengguna Media Sosial Luah Rasa Risau

Hantaran yang telah mendapat lebih 3,000 tanda suka itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.

Rata-rata daripada mereka menzahirkan kerisauan apabila melihat perbualan kanak-kanak seusia itu.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat internet terutamanya media sosial memberi pengaruh besar kepada tingkah laku kanak-kanak berkenaan.

Namun, ada pengguna media sosial yang mendoakan agar anak-anak dilindungi daripada perkara tidak baik.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Budak Zaman Sekarang Terdedah Dengan Video Internet. Kita Tidak Dapat Kawal Apa Yang Dipaparkan Di Media Sosial”

“Kenyataan Yang Sedih. Semoga Kita Ibu Bapa Sentiasa Memantau Anak-Anak”

“Ini Baru 10 Tahun, Apa Akan Jadi Bila Anak Ini Sudah Remaja, Sangat Menakutkan”

“Salah Satu Sebab Saya Tak Bagi Anak Handphone, Kami Kongsi Handphone Lagi Senang Pantau”

Baca Artikel Berkaitan: Sering Tanya Tentang Kerja Sekolah Anak, Cikgu Terpaksa Tegur Ibu Bapa Di Grup WhatsApp

Baca Artikel Berkaitan: ‘Grammar Dia Power’- Surat Cinta Budak Darjah Empat Tarik Perhatian Netizen [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.