fbpx

Ustaz Kongsi 3 Golongan Wanita Yang Doanya Mustajab [Video]

Menerusi video tersebut, Ustazlah berkata antara golongan yang doa mustajab adalah doa ibu kepada anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada kongsikan beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa.

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika selepas selesai mendirikan solat fardu. Oleh itu, seluruh umat Islam digalakkan meluangkan masa yang lebih apabila selesai mendirikan solat dengan berdoa kepada Allah SWT.

Selain itu, terdapat banyak lagi waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa yang boleh diamalkan seluruh umat Islam.

Namun bagaimana pula dengan golongan yang doanya mustajab.

Baca artikel berkaitan: Ustaz Wadi Anuar Kongsi 10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

3 golongan wanita yang doanya mustajab

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustazlah di TikTok telah berkongsi 3 golongan wanita yang doanya mustajab.

Menurutnya yang pertama adalah doa seorang anak perempuan buat ayahnya.

“Kalau kita ni anak perempuan tuan-tuan, doakan untuk ayah. Ya, Allah luar biasa.

“Yang kedua (golongan doa mustajab) adalah isteri kepada suaminya. Orang perempuan ni, doa kalian ni Allahuakbar Mustajab.

“Dia isteri kepada suaminya, banyakkan doa suami ni. Doa supaya kaya, sihat,” ujarnya

Doa ibu kepada anaknya antara yang mustajab

Yang terakhir antara golongan yang doanya adalah mustajab adalah doa seorang ibu buat anaknya.

Seperti yang diketahui umum, doa ibu memang tiada hijabnya dan ia merupakan salah satu nikmat di dunia apabila memiliki ibu yang masih berdoa buat anaknya.

“3 golongan wanita yang doanya sangat mustajab: Seorang ibu yang penuh kasih, seorang isteri yang setia mendampingi, dan seorang anak perempuan yang berbakti.

“Jadi, para wanita hebat, jangan pernah berhenti untuk mendoakan orang tersayang di sekeliling kita,” kata ustaz berkenaan dalam kaspyennya.

@ustazlahofficial2

3 golongan wanita yang doanya sangat mustajab: Seorang ibu yang penuh kasih, seorang isteri yang setia mendampingi, dan seorang anak perempuan yang berbakti. Jadi, para wanita hebat, jangan pernah berhenti untuk mendoakan orang tersayang di sekeliling kita. UstazLah 🌹 #Ustazlahofficial #Ustazlah #pesanustazlah #LiveUstazLah #Heblun #Motivasi #AyatHealing #muslimtok #muslimah #wanitasolehah #fyp

♬ original sound – UstazlahOfficial2 – UstazlahOfficial2

Selain 3 golongan antara doa yang mustajab adalah orang dizalimi, dan bermusafir

Memetik artikel yang disiarkan UTM pada 17 November 2021, Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tiada ada keraguan padanya: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmizi No 1828).

Selain itu, laman Mufti Wilayah Persekutuan ada memberitahu doa orang yang berpuasa juga adalah mustajab. Oleh itu, ketika berpuasa di bulan Ramadan kita sentiasa digalakkan untuk melakukan banyak ibadah dan berdoa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.