fbpx
Now Reading
Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]

Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]

Anak muda yang baru berkerja sepatutnya ‘mengukur baju di badan sendiri’ iaitu menilai kewangan diri terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu kehendak itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, zaman ini terdapat ramai golongan muda yang berlumba-lumba mengikuti ‘trend’ dengan memakai atau memiliki barangan mewah dan berjenama.

Bagaimanapun, tidak semua di antara mereka yang berkemampuan untuk memiliki barangan-barangan itu sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman.

Meskipun barangan berjenama seperti peranti iPhone penting untuk kegunaan kerja pada masa kini, namun jika tidak mampu menanggung bayaran bulanan daripada pinjaman itu, sudah pasti ia akan menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga di kemudian hari.

Tular mesej suara individu hutang iPhone sudah tertunggak 3 bulan, tak mampu bayar

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang juga Ketua Penerangan Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin (PWRN) dan perunding kewangan, Jannahtul Ain Jaafar mendedahkan satu mesej suara seorang pengutip hutang yang meminta penghutang menjelaskan bayaran bulanan iPhone yang telah tertunggak selama tiga bulan sebanyak RM570.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ngopwrnmalaysiaofficial, kedengaran pengutip hutang itu mengugut ingin pergi ke tempat kerja si penghutang untuk mengambil semula telefon pintar itu sekiranya dia gagal membayar jumlah bayaran minimun RM240.

Jangan terlalu ikut ‘trend’, tengok gaji dahulu sebelum penuhi kehendak

Susulan itu, Jannahtul menasihati orang ramai terutamanya generasi muda agar tidak terlalu mengikuti ‘trend’ memiliki sesuatu barangan yang dimiliki ramai orang dalam keadaan tidak berkemampuan.

Jelasnya, anak muda yang baru berkerja sepatutnya ‘mengukur baju di badan sendiri’ iaitu menilai kewangan diri terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu kehendak itu.

“Dah tak mampu tu, buat cara tak mampu, awak ni kalau nak gunakan sesuatu benda itu, ikut pada pinggang (kemampuan) sendiri jangan ikut ‘trend’, kawan pakai iPhone awak pun nak pakai iPhone sebab nak jaga standard,” katanya.

Pengutip hutan sampai ganggu ibu bapa si penghutang untuk minta duit

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila pengutip hutang iPhone terbabit bukan hanya akan datang di tempat kerja si penghutang sahaja, bahkan akan mengganggu ibu bapanya untuk menuntut bayaran hutang itu.

“Kalau dah jadi macam ini, siapa yang nak bertanggungjawab? Lepastu ganggu majikan, tarik iPhone tu depan khalayak ramai, dirampas depan orang ramai, malu tau.

“Jadi kepada anak-anak muda atau orang yang tak berkemampuan, tak payahlah nak ikut-ikut ‘trend’ pakai iPhone, akhir nanti ahli keluarga dan diri sendiri yang jadi mangsa,” katanya.

Sebagai info, iPhone keluaran Apple sememangnya dikenali sebagai peranti ‘flagship’ yang menawarkan pelbagai ciri yang bersesuaian untuk semua orang termasuk golongan bekerja.

Meskipun harganya agak ‘keras’, namun tidak dinafikan kualiti peranti itu amat baik selain menawarkan sekuriti yang menjamin penggunanya.

Pun begitu, mereka yang tidak berkemampuan atau masih belajar sepatutnya mengukur baju di badan sendiri tanpa perlu mengejar iPhone versi baharu walhal di pasaran masih ada iPhone versi tahun sebelumnya (unopened box) pada harga lebih rendah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.