fbpx
Now Reading
Tular Pertandingan Siput Sedut, Ini Hukumnya Dalam Islam [Video]

Tular Pertandingan Siput Sedut, Ini Hukumnya Dalam Islam [Video]

PU Salman turut menjelaskan pertandingan antara haiwan dibolehkan selagi tiada unsur pertaruhan dan tidak menganiaya binatang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari yang lalu, tular mengenai perlumbaan siput sedut yang dilakukan secara langsung di TikTok.

Perlumbaan santai itu mula menjadi bualan dan ikutan ramai apabila seorang pengguna TikTok @tansri_ash membuat siaran langsung perlumbaan haiwan tersebut hingga berjaya menarik puluhan ribu tontonan.

Namun, timbul persoalan adakah perlumbaan haiwan berkenaan dibenarkan dan apakah hukum di sebalik perlumbaan siput sedut yang semakin popular di media sosial itu?

Pertandingan Lawan Siput Sedut Dibolehkan

Menurut pendakwah, PU Salman atau nama penuhnya Salman Maskuri, beliau menjelaskan hukum pertandingan perlumbaan haiwan termasuk siput sedut adalah harus.

Perkara itu diperjelaskan beliau menerusi video di akaun TikTok miliknya, @pusalman.

“Mungkin ada persoalan, boleh ke kita pertandingkan siput sedut ni sehingga mana dia tak bebas, tak de life, dia nak hidup di tempat dia.

“Jadi hukumnya harus, ulama kata harus. Sebab Nabi Muhammad SAW sendiri ada unta yang dipertandingkan.

“Nabi SAW ada seekor unta diberi nama al-‘Adhba’, ia tidak pernah tewas atau hampir tak pernah tewas. Masuk pertandingan menang,” katanya.

Terang PU Salman, unta milik Rasulullah itu bagaimanapun pernah ditewaskan oleh seekor unta lain milik orang Arab Badwi.

“Kemudian seorang Badwi datang menunggang untanya lalu berjaya mengalahkan unta milik Nabi. Orang Islam sedih, yelah unta Nabi kalahkan.

“Maka, nabi kata apa? Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya adalah menjadi hak ke atas Allah SWT untuk tidak mengangkat sesuatu perkara di dunia kecuali satu masa ia akan berada di bawah (berputar seperti roda),” jelasnya.

Tidak Dibenarkan Jika Wujud Pertaruhan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perlumbaan yang ada pertaruhan adalah tidak dibenarkan.

“Jadi boleh nak berlawan binatang ni termasuk siput sedut, tapi jangan ada pertaruhan. Jika ada pertaruhan, masing-masing bawa keluar duit, yang menang tu ambil semua duit tadi, itu khimar, haram,” terangnya.

Boleh Selagi Tidak Menganiaya Binatang

Pada masa yang sama, PU Salman turut menjelaskan pertandingan antara haiwan dibolehkan selagi individu itu tidak menganiaya binatang.

“Hukumnya boleh selagi mana kita tidak memukul dia, menyeksa dia. Malahan, ulama kata, kalau kuda yang kita dipertandingkan pun, kita boleh pukul untuk dia laju, hukumnya harus kata ulama,” jelasnya.

Pendakwah Bebas Lain Turut Beri Pendapat Sama

Perkara yang sama juga pernah dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin menerusi video di akaun TikToknya.

“Perlumbaan di antara binatang ni tak berdosa pun kecuali pertama kalau ada unsur perjudian, kedua kalau ada unsur menzalimi haiwan tersebut.

“Contohnya laga ayam, selalunya laga ayam ada unsur perjudian dan mencederakan di antara binatang tu ataupun lumba kuda, dia bertaruh kuda mana yang menang, berjudi tu haramlah.

“Kalau tiada unsur perjudian atau tidak menzalimi dan mencederakan binatang tu, ianya diharuskan. Salah satu bentuk hiburan juga,” terangnya.

@adninroslan

Takde ke yang nak buat lumba lipas? Mesti penuh dengan thriller.. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

Baca Artikel Berkaitan: “Siapalah Cipta Sukan Ni” – Pertandingan Tampar Muka Di AS Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jahid Sidek Dakwa Ada Unsur Syirik Dalam Taekwondo [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.