fbpx
Now Reading
“Best Lecturer Macam Ni”- Pensyarah Dipuji Tetap Sabar Layan Kerenah Pelajar [Video]

“Best Lecturer Macam Ni”- Pensyarah Dipuji Tetap Sabar Layan Kerenah Pelajar [Video]

Menerusi video, Oya memaklumkan dia sedar bukan mudah ibu bapa ingin menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran dan perkara itu membuatkannya cuba untuk membantu pelajarnya lulus dalam peperiksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah buat semua tenaga pengajar yang perlu berdepan dengan kerenah anak murid apatah lagi jika para pelajar itu mereka yang sudah meningkat dewasa.

Malah cara pendekatan untuk setiap pelajar juga adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur.

Lebih dewasa maka lebih pelbagai kerenah yang perlu ditangani sehingga adakalanya membuatkan tenaga pengajar ‘mengucap panjang apabila memikirkannya’.

Pensyarah jadi perhatian kerana selalu bantu pelajar

Baru-baru ini, seorang pensyarah kulinari di Meridian Saito College, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Siti Nadiya Azha menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat begitu sabar melayan kerenah setiap para pelajarnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, awalnya dia yang juga mesra dipanggil Cef Oya menunjukkan momen ketika sedang mengajar pelajar kulinari di dalam kelas.

Sabar dengan kerenah pelajar yang pelbagai ragam

Kelihatan dia begitu gembira mengajar anak-anak muridnya di institut berkenaan meskipun ada segelintirnya mempunyai pelbagai kerenah.

Namun dia juga tidak sanggup untuk mengagalkan mana-mana pelajarnya dan berusaha untuk membantu mereka kerana tahu bukan mudah ibu bapa menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran.

“Gagalkan jelah budak-budak ni. Dah lah banyak main dan tak pernah dengar cakap pun.

“(Dalam masa sama) Tak baiklah macam tu, kesian ibu bapa mereka hantar belajar jauh-jauh dekat kolej sini.

“Tak apa boleh ni bagi mereka lulus, insya-Allah,” katanya dalam video tersebut.

Berdepan dengan cabaran kerana usia lebih kurang dengan pelajar

Beritahu Oya kepada BuzzKini, dia sudah menjadi tenaga pengajar selama satu tahun dan sebelum ini merupakan graduan dari Kolej Vokasional ERT di Setapak dan Ciast, Shah Alam.

Katanya pengalaman mengajar ketika usia yang masih muda sememangnya mencabar kerana jarak umur yang tidak jauh beza.

Namun kesemua pelajarnya tetap mendengar arahan dan hormat kepada Oya sebagai seorang tenaga pengajar.

“Memang banyak ragam dan karenah masing-masing (pelajar) waktu saya mengajar. Ada jenis boleh cepat tangkap semasa belajar, ada yang perlahan sikit tapi saya tetap akan ajar semua sampai dapat. Saya melayani anak-anak didik sama rata supaya semua dapat belajar perkara yang sama,” jelasnya lagi.

Hanya cuba bantu sehabis baik agar pelajar lulus

Kata Oya, dia hanya membantu para pelajar sehabis baik sekurung-kurangnya mendapat markah lulus untuk melepaskan mereka ke semester seterusnya.

Adakalanya dia membantu mereka menerusi kelas praktikal, sikap, kehadiran dan macam-macam lagi.

“Walaupun sekarang ni anak-anak didik batch pertama saya dah keluar menjalani latihan industri, mereka tetap ada mesej bercerita berkenaan pengalaman mereka.”

Tambah Oya lagi, dia ingin setiap pelajarnya berjaya dan lulus dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kerana ada pelajar yang datang dari Sabah, Sarawak dan luar dari Kuala Lumpur untuk belajar di kolej berkenaan.

@chefoya._

susah klau dah hati tisu😢 semoga berjaya & fly high anak anakkuu, miss tunggu ya semua berjayaa! tolong kuatkan diri untuk bertahan tempat internship semuanya🫶🏼💗🌷🎀 #chefoya #fyp #foryoupage #lecturermuda #lecturerkemahiran #lecturerlife #tenagapengajar #tvetinstructor #tvet #skm #culinary #culinaryarts #chef #cheflife

♬ suara asli – 26_ – 26_

Ramai puji sikap tenaga pengajar

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap tenaga pengajar itu. Malah ada yang menyifatkan mereka akan belajar bersungguh-sungguh serta berterima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan para pelajar itu sungguh bertuah kerana mempunyai pengajar yang baik.

“Baiknya miss tolong perbetulakan jawapan dia orang. Bertuah mereka”

“Saya harap pensyarah saya nampak miss punyai video. Supaya mereka pun baik hati macam miss”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.