fbpx
Now Reading
Gabungan Gergasi IT Gesa Kerajaan Batal Rancangan Lesen Media Sosial, Grab Nafi Terlibat

Gabungan Gergasi IT Gesa Kerajaan Batal Rancangan Lesen Media Sosial, Grab Nafi Terlibat

AIC adalah gabungan gergasi IT yang dianggotai Google, Meta, X, Grab dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Ogos) kecoh apabila kumpulan yang mewakili gergasi internet dan teknologi IT, Asia Internet Coalition (AIC) menggesa kerajaan Malaysia untuk menghentikan rancangan mewajibkan platform media sosial memohon lesen.

AIC yang dianggotai syarikat terkemuka seperti Google, Meta, X dan lain-lain menerusi satu surat terbuka bertarikh 26 Ogos telah menghantar bantahan berkenaan yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam surat itu, AIC berpendapat cadangan berkenaan ‘tidak boleh diteruskan’ terhadap industri kerana ia boleh menyekat inovasi dengan meletakkan beban yang tidak sepatutnya kepada perusahaan.

“Ia akan halang pelaburan berterusan dan masa depan disebabkan oleh kerumitan serta kos pematuhan,” kata Pengarah Urusan AIC, Jeff Paine.

Tiada perundingan awam rasmi sehingga 1 Ogos

Tambahnya, tiada perundingan awam rasmi mengenai perkara itu sebelum penerbitan kertas ‘Maklumat dan Soalan Lazim’ pada 1 Ogos 2024.

Ketiadaan perbincangan kritikal ini menyebabkan timbul banyak ketidakpastian dalam kalangan industri berkubung skop kewajipan.

“Untuk apa sebenarnya platform (media sosial) ini mendaftar. Dijangka tiada platform boleh mendaftar di bawah syarat ini.

“Kami juga amat bimbang tentang bagaimana rangka kerja pelesenan akan memberi kesan kepada ekonomi digital Malaysia. Malaysia telah menjadi hab digital utama, menarik pelaburan besar pada 2024,” ujarnya.

Menerusi pemerhatian kami, 5 logo gergasi IT yang tersenarai pada surat berkenaan adalah Meta, LinkedIn, Apple, Amazon, Google, dan X.

Grab nafi terlibat, komited bekerjasama dengan kerajaan

Terbaharu Grab Malaysia yang juga anggota AIC menafikan pihaknya terlibat dengan surat terbuka yang dikeluarkan persatuan tersebut.

Menurut Grab, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka berkenaan yang dituju kepada Perdana Menteri.

Malah, cadangan yang dikemukakan itu tidak memberi impak kepada pengoperasian Grab .

“Cadangan untuk meregulasi platform media sosial dan mesej peribadi tidak memberi sebarang impak terhadap operasi kami.

“Sehubungan itu, kami tidak terlibat di dalam surat terbuka berkenaan. Kami juga tidak membuat sebarang kenyataan terhadap perkara tersebut.

“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 26 Ogos.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.