fbpx
Now Reading
Influencer Mohon Maaf Buat Live Sehingga Ganggu Orang Awam, Terkilan Ada Komen Kurang Sopan [Video]

Influencer Mohon Maaf Buat Live Sehingga Ganggu Orang Awam, Terkilan Ada Komen Kurang Sopan [Video]

Sebelum ini Syakir Belon dikritik apabila dia dan beberapa rakan dikatakan membuat live dalam keadaan bising sehingga mengganggu pengunjung yang sedang ‘healing’ di sebuah sungai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap individu perlu menjaga kelakuan apabila berada di tempat awam seperti kawasan rekreasi.

Bukan hanya itu, kita juga perlu menghormati individu lain dan tidak melakukan sebarang gangguan sehingga boleh mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai.

Tampil mohon maaf kerana ganggu orang awam ketika live di tepi sungai

Baru-baru ini, influencer yang dikenali sebagai @syakirbelon4.0 di TikTok telah tampil memohon maaf atas ketelanjurannya yang membuatkan orang awam di sebuah kawasan sungai tidak selesa kerana melakukan Live.

Perkara itu, mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna media sosial memuat naik video memaparkan tindakan Syakir dan beberapa rakannya yang membuat live dalam keadaan bising sehingga menggangu pengunjung di kawasan berkenaan.

Influencer akui tindakan adalah salah

Menurut Syakir kejadian dipercayai berlaku pada Ahad (25 Ogos) dan dia mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tempat seperti sungai kebiasaannya menjadi tempat untuk pengunjung berehat.

Katanya dia tidak terfikir tindakan live sambil menjual dalam keadaan menjerit itu akan mengganggu orang awam. Sebelum ini, dia memikirkan jika melakukan live di rumah dan menjerit akan menganggu jiran tertangga.

“Sebelum ini, kita orang buat waktu orang tak ada. Maksudnya kita orang akan live di sungai waktu orang bekerja tapi waktu hari Ahad, semalam (25 Ogos) dan kita orang tidak terfikir langsung benda ni akan terjadi.

“Kepada akak empunya video saya mohon maaf sebabkan saya awak tak jadi healing atau pun kacau awak healing. Saya tak marah langsung dekat akak, ya betul akak cakap betul,” ujarnya.

Akui terkilan sikap segelintir lontarkan komen body shaming

Syakir dalam masa sama menjelaskan dia bagaimanapun sedikit terkilan apabila terdapat segelintir pengguna yang mengecam bentuk badannya (body shaming).

“Saya tahu saya ni tak sempurna macam abang dan akak yang komen. Takpe, terima kasih yang komen dah sedarkan diri saya.

“Saya mohon maaf sekali lagi sebab kacau tempat orang bertenang hilangkan stress. Tapi saya pergi sana buat bising.

“Ramai yang cakap ‘dia ni terpaling influencer’, ‘acah-acah influencer’. Saya minta maaf, saya tak pernah rasa diri saya ni influencer. Saya anggap tuhan beri saya rezeki, sebab saya tak boleh buat kerja macam orang lain buat,” ujarnya lagi.

Cuba perbaiki kesilapan

Tambah Syakir lagi, dia akan cuba memperbaiki kesilapan itu dan usaha tidak menganggu orang awam ketika melakukan live.

Melihat di ruangan komen, ada yang menerima permohonan maafnya itu dan ada juga yang sebaliknya.

Malah ada juga yang bersikap kurang sopan apabila memanggilnya ‘mok’.

Menerusi carian kami di TikTok, dipercayai video memaparkan Syakir sedang melakukan live di tepi sungai seperti yang tular telah dipadam oleh pemilik akaun.

“…Sabar Syakir tetap semangat okay, abaikan mulut orang mengata Syakir”

“Sekurang-kurangnya dia minta maaf”

“Lepas ni dekat sekolah disarankan ada mata pelajaran ‘common sense’ seperti pendidikan moral untuk pembangunan generasi akan datang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.