“Ini Kali Ke-5…” – Lelaki Buntu Jiran Selalu Buat Kacau, Baling Objek Hingga Cermin Kereta Pecah [Video]
Menurut Zuel, dia sudah lima kali membuat laporan polis termasuklah kes terbaharu iaitu cermin kereta pecah yang didakwa dilakukan oleh jiran yang duduk di hadapan rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jiran merupakan individu yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah anda. Apabila bercerita tentang ‘jiran’ pasti semua mengetahui kita digalakkan untuk sentiasa melakukan kebaikan antara satu sama lain.
Bukan hanya itu, Islam turut menerapkan adab berjiran di mana kita digalakkan untuk sentiasa menghormati, saling sayang menyayangi, prihatin dan bermacam-macam lagi.
Namun tidak dinafikan kita juga sering mendengar sikap segelintir jiran yang sukar dikawal sehingga mengundang ketidakselesaan.
Lelaki dakwa cermin kereta pecah dibaling jiran
Baru-baru ini, seorang lelaki turut berdepan perkara sama apabila mendakwa cermin belakang kereta Perodua Kelisa miliknya pecah. Dakwanya ia berlaku gara-gara jiran di hadapan rumah telah membaling radio kecil itu ke arah kenderaannya.
Bagi menguatkan dakwaannya, dia turut berkongsi satu video rakaman litar tertutup (CCTV) aksi seorang individu dipercayai jirannya yang sedang membaling sesuatu objek ke arah rumahnya.
Menerusi video sama, dia turut menunjukkan foto selepas kereta Kelisa berwarna hitam itu mengalami cermin pecah dan terdapat radio kecil berwarna putih merah di bahagian tempat duduk belakang.
Kata Zuel, kereta itu dibelinya pada dua tahun lalu dan digunakan untuk berulang ke tempat kerja dari Tampin ke Seremban dan mendakwa kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku.
Februari lalu, jiran turut melakukan perkara sama, dah 5 kali buat laporan polis
Jelasnya sekitar Februari lalu, jiran berkenaan ada membaling sesuatu objek ke arah rumah dan CCTV di rumah Zuel sempat merakam aksinya. Malah video itu juga ada dikongsikan di Facebook milik Zuel.
Menurut Zuel di ruang kapsyen, dia juga sudah lima kali membuat laporan mengenai sikap jirannya itu sehingga lelaki itu dipanggil oleh pihak hospital untuk membuat rawatan lanjut.
“Masuk pagi tadi, dah kali kelima, sampai pergi balai mengadu. Sempat juga Timbalan Ketua Balai Polis hubungi ajak borak dekat balai bulan Mac yang lalu. Tapi tulah, malas nak cakap lebih-lebih.
“Mungkin kalau ikut prosedur biasa bidang kepolisan sampai level pengadu buat laporan, lepas tu elok je dia (jiran) balik rumah balik.
“Tak silap jiran depan ni dah kena hantar hospital. Hospital ‘assess’ dia sebagai tak gila. Macam ni pun tak gila ke? Zaman sekarang ni dah lah banyak kes orang kena bunuhlah, hilang lah. Takkan tak boleh buat apa-apa ya tak?” soal Zuel.
Minta orang ramai beri cadangan tindakan yang perlu dilakukan
Malah dia yang buntu dan tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan meminta cadangan dari orang ramai bagaimana ingin menyelesaikan masalah jirannya itu dan memanjangkannya kepada pihak berwajib.
“Minta tolong batuan para netizen sekalian, bantulah saya panjangkan hal ini. Biar sampai level Menteri, kot boleh gubal akta orang gila dekat parlimen.
“Persatuan penduduk dah bawa ke level Yang Berhormat (ADUN) kawasan tak silap. Tapi itulah…,” katanya.
Melihat di ruangan komen, ada yang tertanya-tanya apakah motif jiran berkenaan membaling radio.
Malah ada juga yang berpendapat untuk melantik peguam untuk membuat saman sivil.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi mengalami masalah sama dengan jiran mereka yang disifatkan bermasalah.