fbpx
Now Reading
Lelaki Tidak Boleh Pakai Cincin Di Hidung, Kata Dr Zulkifli

Lelaki Tidak Boleh Pakai Cincin Di Hidung, Kata Dr Zulkifli

Dr Zulkifli yang juga Bekas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan Islam melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang pelakon lelaki popular yang memakai cincin di bahagian hidung dalam sebuah majlis hingga mengundang kritikan orang ramai.

Dia bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa tindikan pada hidungnya itu adalah palsu dan digayakan sekadar suka-suka sahaja.

Isu ini menyebabkan segelitir pihak tertanya-tanya apakah hukumnya seorang lelaki menggayakan aksesori sedemikian.

Ia Ibarat Menyerupai Kaum Wanita

Menurut Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, lelaki tidak dibenarkan untuk memakai alat perhiasan di hidung seperti cincin kerana perbuatan tersebut menyerupai kaum Hawa.

Beliau yang juga Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjelaskan Islam melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.

“Ini kerana pemakaian perhiasan di hidung tidak kira berbentuk seperti cincin dan seumpamanya, merupakan gaya yang khusus bagi golongan wanita sejak zaman berzaman lagi.

“Kami tidak mengetahui pemakaian cincin di hidung pernah menjadi perhiasan bagi golongan lelaki mengikut uruf dan adat setempat negara kita,” katanya.

Islam Larang Gayakan Perhiasan Mengikut Orang Kafir

Terang Dr Zul lagi, pemakaian cincin di hidung khususnya di negara ini sering dikaitkan dengan budaya tidak baik atau dikenali dengan pemakaian orang fasik dan jahat.

“Sedangkan umat Islam diperintahkan supaya berpegang dengan prinsip tidak melakukan sesuatu perbuatan menyerupai orang kafir atau orang fasik pada sesuatu yang kita dilarang melakukannya.

“Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan amalan dan tradisi dalam agama mereka,” jelasnya.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas seorang individu bertanyakan kepadanya tentang hukum seorang lelaki memakai cincin di bahagian hidung selepas terbaca artis lelaki memakai cincin palsu (septum ring) sebagai fesyen menerusi aplikasi Al Inarah.

Foto: Tangkap Layar Al Inarah

Wanita Boleh Tindik Hidung Tapi Bersyarat – Maktabah Al Bakri

Bagi wanita, beliau berpendapat tidak menjadi satu kesalahan jika ada yang wanita yang memakai perhiasan dengan menindik hidung kerana itu termasuk dalam perhiasan khusus sama seperti menindik telinga bagi memakai anting-anting.

“Ini bertepatan dengan hukum asalnya iaitu diharuskan selagi mana tiada dalil syarak yang menyatakan sebaliknya. Apatah lagi, sememangnya menindik hidung atau memakai perhiasan di hidung termasuk dalam perhiasan wanita sebagaimana yang dapat dilihat pada sesetengah bangsa dan negara,” jelasnya menerusi laman web Maktabah Al Bakri.

Namun, beliau mengingatkan sebagai seorang Muslim, seseorang itu tidak seharusnya berlebih-lebihan dalam perhiasan kerana Allah SWT tidak menyukai hal tersebut.

Malah, ia hanya dibenarkan jika perhiasan secara berlebihan itu digayakan di hadapan suami mereka.

Tidak Boleh Gayakan Jika Mengikut Amalan Orang Bukan Islam

Perkara yang sama turut dijelaskan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki.

“Sebenarnya dia ikut siapa? Kalau dia ikut orang bukan Islam, itu satu perkara dilarang oleh syarak.

“Sebab Rasululullah SAW ada sebut dalam satu hadis, siapa yang mengikuti atau menyerupai satu kaum yang bukan daripada Islam, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut,

“Kalau dia buat itu dengan tujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada suami dia ataupun dengan tujuan dalam keluarga dia sahaja, itu dibenarkan dengan syarak,” terangnya.

Tindik hidung.. boleh ke?..

Posted by Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani on Saturday 5 December 2020

Perempuan Tidak Boleh Tindik Hidung – Ustaz Azhar Idrus

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar idrus berpendapat seorang perempuan tidak boleh menindik hidung kerana perbuatan tersebut menyerupai agama lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Pakai Skirt Seperti Wanita, Netizen Tak Mahu Trend Dinormalisasikan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.