“Tak Nak I Dapat Wife Rosak” – Wanita Dedah Dimaki Suami Hanya Kerana Bersalin Czer
Dalam perbualan WhatsApp itu, Wanita berkenaan terpaksa menerangkan kepada suaminya bahawa dia tiada pilihan dan perlu bersalin secara pembedahan atas saranan doktor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap wanita perlu berhadapan dengan rasa kontraksi yang menyakitkan sebelum proses bersalin.
Bagi sesetengah wanita, ada yang terpaksa melahirkan anak dengan cara pembedahan caesarean (C-Section) atau Czer sekiranya berlaku komplikasi demi menyelamatkan diri dan bayi yang dikandungnya.
Oleh sebab itu, tiada satu benda di dunia ini yang boleh disamakan dengan pengorbanan ibu ketika mengandung dan melahirkan anak.
Malah, dapat dilihat majoriti suami menghargai pengorbanan isteri tercinta dalam melahirkan zuriat.
Baca Artikel Berkaitan: Hargai Pengorbanan Bersalin Czer, Lelaki Di China Beri RM64 Setiap Kali Isteri Melangkah
Dimaki Suami Kerana Bersalin Czer
Namun, berbeza pula dengan nasib seorang wanita ini apabila dia dimaki suami hanya kerana bersalin secara Czer.
Menerusi perkongsian tangkap layar yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya @flowertersakiti, wanita itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dengan lelaki berkenaan.
Difahamkan, dia menghubungi suaminya itu ketika dia berada di sebuah hospital selepas melahirkan anak mereka.
Anggap Isteri Dah ‘Rosak’ Kerana Czer
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan suami wanita berkenaan yang marah dan menganggap isterinya telah rosak hanya kerana bersalin secara pembedahan.
Malah, lelaki itu seolah-olah kesal dengan tindakan wanita terbabit dan menyatakan lebih baik berkahwin dengan wanita lain yang lebih ‘sihat’
“Czer ke? Sayang tak payahlah, rosak badan tu, buat hal eh. Tak nak I dapat wife (isteri) rosak.
“Umur macam ni nak operate buat apanya? Baik I kahwin dengan orang lain, yang elok, sihat lagi,” tulis lelaki berkenaan.
Terang Kepada Suami Bukan Sengaja Pilih Czer
Menerusi tangkap layar sama, kelihatan wanita itu berusaha memujuk suaminya. Namun, lelaki itu berterusan seolah-olah tidak dapat menerima isterinya tidak bersalin secara normal.
“Orang b*doh je nak operation,” tulis lelaki berkenaan kepada wanita itu.
Wanita itu juga turut menerangkan kepada suaminya bahawa dia tiada pilihan dan terpaksa bersalin secara pembedahan atas saranan doktor.
Namun sekali lagi, lelaki itu dilihat masih tidak mengendahkan apa yang diterangkan oleh wanita itu.
Walaupun diberi layanan teruk oleh lelaki berkenaan, wanita berkenaan dilihat tetap tenang dan membalas dengan baik mesej suaminya itu.
Hanya Kongsi Kisah Selepas Bersalin, Kesal Bekas Suami Pertikai Hak Penjagaan Anak
Menerusi ruang kapsyen, wanita itu menjelaskan hantaran tersebut hanyalah sekadar perkongsian tentang apa yang berlaku sebelum ini.
Malah, dia dan suaminya itu dipercayai sudahpun bercerai. Dia bertindak memuat naik perbualan ini kerana kesal dengan tindakan lelaki itu yang mahu menuntut hak penjagaan anak walhal selama ini bekas suami tiada di sampingnya.
“Keluar dari operation room (bilik bedah), dalam keadaan bius lagi, tanya misi nak telefon dulu, buka chat kena maki sebab emergency czer? Hari sama juga I pujuk dia elok-elok, spam chat semua hanya untuk dilayan macam tu, I juga masuk operation room sendiri tanpa kehadiran dia.”
Pengguna TikTok
Tambah wanita itu lagi, meskipun semua ini sudah berlalu, namun dia masih terkenang perbuatan bekas suaminya.
“Semua ini dah berlalu namun masih sakit. Dia boleh cakap I dengan keluarga I tak bagi dia hak jaga sedangkan dia tak de pun disamping I, asyik judge (hakimi) I sebagai ibu kepada seorang anak,” tulisnya.
Ini Sebab Doktor Saran Ibu Hamil Bersalin Secara Czer
Memetik Hello Doktor, adakalanya pembedahan secara C-Section adalah kaedah yang paling selamat buat ibu hamil.
Doktor akan mengarahkan ibu bersalin untuk membuat pembedahan antaranya disebabkan perkara berikut:
- Bayi anda berada di punggung (punggung bayi diletakkan di depan).
- Bayi anda kurang berkembang atau janin lemah.
- Placenta previa meliputi serviks. Anda pernah menerima czer.
- Anda mempunyai kelahiran berganda.
- Anda mempunyai komplikasi yang membuat czer lebih sesuai untuk anda.
- Anda mempunyai penyakit yang meningkatkan risiko komplikasi ketika melahirkan seperti tekanan darah tinggi atau diabetes
Hantaran Buat Pengguna Media Sosial Bengang
Carousel di TikTok yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok berang dan geram dengan layanan lelaki tersebut terhadap isterinya itu.
Kebanyakan daripada mereka menganggap lelaki itu langsung tidak bertanggungjawab sebagai suami atau bapa.
Malah, ada pengguna media sosial yang juga melalui proses bersalin secara Czer turut sedih dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki berkenaan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dia Belajar Dekat Mana Cakap Lepas Czer Boleh Rosak Badan?”
“Sakitnya Hati Kita Baca, Apa Yang Berdosa Sangat Czer”
“Kenapa Kalau Czer Je Rosak? Pernah Juga Hampir Macam Ni”
“Saya Syak Dia Ada Orang Lain”
Baca Artikel Berkaitan: Kisah Isteri Hamil Lagi Selepas 2 Bulan Bersalin Czer Buat Netizen Ngilu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kasih Sayang Suami”- Ramai Terharu Lepas Tahu Pemandu Ini Bawa Perlahan Kerana Isteri Baru Bersalin Czer