fbpx
Now Reading
Tular Pelanggan Bawa Anjing Ke Restoran Di Johor Bahru, Pekerja Didakwa Buat Tak Endah

Tular Pelanggan Bawa Anjing Ke Restoran Di Johor Bahru, Pekerja Didakwa Buat Tak Endah

Dakwa seorang wanita, pemilik anjing berkenaan ketika ditegur turut menyatakan bahawa pihak restoran itu membenarkan mereka membawa haiwan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang dilarang membawa masuk haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing untuk menjaga kebersihan.

Malah tindakan membawa masuk anjing di kawasan yang turut dikunjungi oleh umat Islam juga adalah dilarang bagi menjaga sensitiviti agama.

Arahan sedemikian bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan, namun masih ada segelintir individu yang enggan mematuhinya.

Wanita dakwa restoran di Johor Bahru benarkan pelanggan bawa anjing

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita mendakwa sebuah restoran di Bandar Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru membenarkan pelanggannya membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam premis terbabit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Iesya Iesyatirradiah Sanny Toh, kelihatan dua individu sedang makan di restoran berkenaan sambil dua ekor anjing peliharaan mereka diletakkan di atas kerusi premis terbabit.

Pekerja restoran buat tak tahu, pemilik anjing dakwa kedai makan benarkan bawa

Dakwa wanita itu, dia sudah memaklumkan tentang perkara itu kepada pekerja-pekerja restoran berkenaan, namun tidak diendahkan mereka.

Dakwanya lagi, pemilik anjing berkenaan ketika ditegur juga menyatakan bahawa pihak restoran berkenaan membenarkan mereka membawa anjing-anjingnya itu.

“Dah maklumkan pada kakitangan restoran tapi diaorang buat tak tahu, bila tegur pemilik anjing, dia cakap pemilik restoran benarkan.

“Apa punya perangai macam ini, hormat lah sikit sensitiviti orang Islam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan pula di grup Facebook Tragedi Apa Hari Ini? (TAHI) oleh seorang pengguna platform media sosial itu yang dikenali sebagai Jack.

Ia kemudiannya meraih lebih daripada 700 komen di mana kebanyakan orang mengecam tindakan pemilik anjing berkenaan kerana membawa haiwan peliharaannya di restoran yang turut dimasuki oleh pelanggan beragama Islam.

Restoran dah diarahkan tutup?

Dalam pada itu, satu komen daripada Ecamadir Madisha pada dua jam lepas pula mendakwa bahawa restoran berkenaan telahpun diarahkan tutup.

Namun,semakan kami setakat ini mendapati pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Namun, semakan kami setakat ini mendapati pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Foto: Facebook/Tragedi Apa Hari Ini?

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.