fbpx
Now Reading
“Dari Healing Jadi Hilang Kawalan” – Buggy Dinaiki 3 Wanita Terbabas Di Tasik Buat Ramai Terhibur [Video]

“Dari Healing Jadi Hilang Kawalan” – Buggy Dinaiki 3 Wanita Terbabas Di Tasik Buat Ramai Terhibur [Video]

Menurut pemilik video, mereka hilang kawalan semasa mengemudi skuter elektrik itu selepas mengelak dari melanggar seorang individu yang sedang ‘jogging’ di kawasan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan merupakan antara aktiviti yang baik untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja selain dapat mengeratkan lagi hubungan.

Di Malaysia, antara kawasan yang popular untuk beriadah semestinya di taman-taman yang mempunyai trak ‘jogging’ dan tasik atau kawasan air terjun.

Jika dapat meluangkan waktu bersama keluarga atau rakan-rakan, sudah pasti akan ada yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar atau video untuk disimpan sebagai kenangan.

Kenangan naik buggy tak akan dilupakan tiga wanita ini

Pun begitu, kenangan yang akan disemat oleh tiga wanita ini semasa menaiki sebuah buggy di Tasik Darulaman Park, Jitra, Kedah mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rabiatuladawiyahhh02, kelihatan mereka bertiga pada awalnya tersenyum gembira ketika menaiki sebuah buggy di kawasan taman berkenaan.

Di dalam video terbabit, kelihatan salah seorang daripada mereka sedang memandu buggy manakala yang lain duduk di bahagian kerusi belakang.

Buggy dinaiki hilang kawalan, terjunam dalam tasik

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Buggy yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik di taman berkenaan.

Dalam video sama, kelihatan beberapa orang awam sedang membantu menarik semula buggy berkenaan dari dalam tasik itu.

“Orang tua-tua pesan nak seronok boleh tapi jangan terlampau seronok nanti dapat habuan, maka dengan itu berlaku lah satu tragedi yang tak diinginkan. Nak healing sangat kan dah hilang kawalan,” tulisnya di kapsyen.

Menurut pemilik video, mereka hilang kawalan semasa mengemudi skuter elektrik itu selepas mengelak dari melanggar seorang individu yang sedang joging di kawasan terbabit.

@rabiatuladawiyahhh02

Orang tua tua pesan nk seronok boleh tapi jangan terlampau seronok nnti buleh habuan maka dgn itu berlaku lahh satu tragedi yg tak diingin kann 🥹 nak healing sgt kann dah healang kawalan hmmmm 😭🤣

♬ suara asli – pewwii – pewwii

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan wanita-wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, sebaliknya hanya ketawa selepas insiden berlaku.

“Keadaan sebelum penyelamat sampai, kalau korang nak tolong dulu ke atau nak gelak dulu,” tulisnya lagi.

@rabiatuladawiyahhh02

Replying to @Atqh.Harun keadaan sebelum penyelamat sampai kalau hangpa nk tolong dlu ka nak gelak dulu hmmm 🤔

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Orang ramai beri pelbagai reaksi, bersimpati tapi terhibur dengan kejadian itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.

Kebanyakan mereka bersimpati terhadap nasib tiga wanita berkenaan meskipun berasa terhibur dengan kejadian itu.

Malah, tidak kurang juga yang berseloroh seperti meminta agar mereka mengambil lesen terlebih dahulu sebelum memandu buggy berkenaan dan menyatakan kawasan tasik itu tidak dibenarkan untuk bermandi-manda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.