fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Dakwa India Hanya Eksport Beras Ke Malaysia Kerana PM Pandai Berunding [Video]

Lelaki Ini Dakwa India Hanya Eksport Beras Ke Malaysia Kerana PM Pandai Berunding [Video]

Namun semakan kami mendapati bukan hanya Malalaysia, sebaliknya India sudah meluluskan pengeksportan ke beberapa negara lain antaranya Filipina, Nepal, Cameroon, UAE, Singapore dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beras merupakan salah satu sumber bahan mentah yang penting untuk sesuatu negara terutamanya di Asia termasuklah Malaysia

Hal ini kerana nasi merupakan antara makanan ruji bagi kebanyakan orang di rantau ini. Jika sumbernya semakin berkurangan, sudah tentu ia akan melahirkan kebimbangan ramai kerana kuantiti beras makin sedikit dan harganya pula semakin meningkat.

Untuk menangani masalah itu, kerajaan India telah mengenakan sekatan eksport beras putih ke negara luar pada tahun lalu, namun Malaysia yang dahulunya turut disekat, kini menjadi salah satunya negara yang terkecuali.

Macam mana Malaysia boleh terkecuali? Ini ceritanya

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok milik seorang lelaki dikenali sebagai Farhan Zulkefly, dia berkata Malaysia terkecuali dari sekatan eksport itu kerana kebijakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berunding.

“Selalunya pandai ‘mengayat’ dapat awek, tapi kali ini pandai ‘mengayat’ dapat beras,” katanya.

Hasil beras di Malaysia hanya 65% selebihnya beras eksport

Menurutnya, tanpa rundingan itu, Malaysia juga akan terkesan dengan sekatan beras kerana negara ini hanya mempunyai kira-kira 65% sahaja hasil beras tempatan, manakala selebihnya adalah beras eksport.

“Masalah besar untuk Malaysia kalau kena sekatan ini kerana Malaysia akan kekurangan stok beras dan bila bekalan beras tak cukup maka harga beras itu akan melambung tinggi,” katanya.

“Maka apa kerajaan buat? Kerajaan pun pergi ke India dan ‘mengayat’ kerajaan India, akhirnya kerajaan India jatuh hati (eksport beras ke Malaysia),” katanya.

Malaysia dapat 170,000 tan beras (2023) dan 200,000 tan beras putih pada tahun ini

Jelasnya, hasil rundingan itu Malaysia telah mendapat sebanyak 170,000 metrik tan beras putih pada tahun 2023, manakala negara-negara lain masih dikenakan sekatan.

Menurutnya lagi, bagi tahun ini pula, kerajaan sekali lagi telah pergi ke India dan bertemu kerajaan di sana untuk melakukan rundingan bagi mendapatkan lebih banyak beras putih.

Hasil rundingan itu, dia mendedahkan Malaysia telah mengimport sebanyak 370,000 metrik tan beras putih iaitu dengan penambahan sebanyak 200,000 tan berbanding tahun lepas, sementara negara lain pula masih dikenakan sekatan.

Berkongsi lanjut, dia berpendapat rakyat haruslah bijak dalam memilih pemimpin yang pandai berunding serta berfikir untuk kebaikan negara.

Bukan hanya Malaysia tapi ada beberapa negara lain turut dapat kuota khas eksport beras

Memetik The Economic Times, kerajaan India pada Ogos ini telah meluluskan pengeksportan beras putih bukan basmati ke Malaysia sebanyak 200,000 tan menerusi National Cooperative Exports Limited.

Perkara itu diputuskan selepas Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berunding dengan kerajaan India selain menyatakan hasrat untuk menjalinkan “hubungan sahabat” dengan negara itu.

Dalam masa sama, India juga bergantung kepada Malaysia untuk bekalan minyak sawit untuk kegunaan domestiknya, Difahamkan India mengimport 8.5 – 9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia setiap tahun.

Beliau sebelum ini telah berkunjung ke India dan mengetuai Misi Ekonomi Agrikomoditi Malaysia bagi membincangkan isu-isu dan cadangan kerjasama perdagangan sektor agrikomoditi kedua-dua negara.

Namun laporan Economic Times turut menyebut Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang dikecualikan daripada sekatan beras sebaliknya India sudah meluluskank kuota eksport khas ke beberapa negara antaranya Filipina, Nepal, Cameroon, UAE, Singapore dan banyak lagi.

Bahkan pada Oktober tahun lalu, Filipina telah menerima 295,00 metrik tan beras putih bukan basmati – sekaligus menjadi pengimport tertinggi diikuti Cameroon (190,000) dan Malaysia (170,000), lapor ABS-CBN News Channel.

Sebagai info, Anwar baru-baru ini telah berkunjung ke India bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan dalam masa sama mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.

@farhanzulkefly

Pandai mengayat dapat awek ❌️ Pandai mengayat dapat beras ✅️ #BerasMalaysia #India

♬ original sound – Farhan Zulkefly – Farhan Zulkefly
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.