fbpx
Now Reading
“Orang Jahat Kita Kena K*rat”-Lukisan Kanak-Kanak 6 Tahun Raih Perhatian Ramai [Video]

“Orang Jahat Kita Kena K*rat”-Lukisan Kanak-Kanak 6 Tahun Raih Perhatian Ramai [Video]

Lukisan pelajar berkenaan membuatkan cikgu itu berasa terkejut kerana dia menyifatkan anggota badan karakter tersebut dipotong kerana ia jahat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Daya pemikiran anak-anak kecil yang sedang membesar diibaratkan seperta span di mana mereka mudah menyerap segala pembelajaran menerusi tindakan orang sekeliling, tontonan serta banyak lagi.

Oleh itu, ibu bapa sering kali dinasihatkan untuk memantau aktiviti kanak-kanak khususnya konten yang ditonton di dalam media sosial.

Sebelum ini, video Skibidi Toilet telah menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak. Malah, ia juga disifatkan banyak memberi kesan yang buruk selain tidak sesuai untuk ditonton oleh anak kecil

Baca artikel berkaitan: [Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak

Guru terkejut lihat lukisan anak murid usia 6 tahun

Baru-baru ini, seorang guru meluahkan rasa terkejut dengan hasil lukisan anak muridnya yang berusia 6 tahun yang disifatkannya agak menakutkan.

Menerusi perkongsian foto di TikTok oleh Ijah Angah kelihatan kanak-kanak itu telah membuat lukisan berbentuk seperti anggota badan manusia yang terpotong.

Malah beberapa bahagian pada anggota itu turut diwarnakan dengan warna merah.

Terkejut dengan lukisan itu, Ijah kemudian bertanya mengapakah lukisan itu dilihat tidak sempurna dan di manakan kepala serta badan untuk lukisan berkenaan.

Anggota badan dipotong kerana jahat

Pelajar itu kemudian menjawab kerana anggota badan karakter itu telah dikerat atau dipotong.

“Haa ni kena kerat teacher, kena potong leher dia.. tangan dia.. kepala dia semua kena potong-potong,” jelasnya.

Guru itu lalu bertanya apakah punca anggota badan pada lukisan itu dipotong, pelajar itu berkata kerana karakter itu seorang yang jahat.

“Sebab dia (lukisan) jahatlah teacher.. dia rampas perempuan dalam cerita itu.. bila orang jahat kita kena kerat potong-potong lah dia,” kata pelajar itu lagi.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan guru berkenaan tergamam kerana tidak sangka kanak-kanak berusia sedemikian boleh berfikir sehingga membunuh dan memotong anggota badan.

Tonton Skibidi Toilet

Dia kemudian bertanya kepada para pelajar lain adakah perkara (lakonan atau tindakan berbentuk kekejaman) ada di dalam mana-mana animasi yang ditonton oleh mereka.

“Skibidi Toilet teacher.. ada permainan..” kata Ijah mengajuk anak muridnya.

“Allahu, kejam sangat tu!”

Dia dalam masa sama turut meminta ibu bapa di luar sana untuk memantau setiap konten dan permainan anak mereka kerana dunia kini dilihat semakin teruk. Ini kerana, anak-anak diajar mengenai kekejaman menerusi kartun dan sebagainya.

Ramai setuju Skibidi Toilet konten tak bagus untuk kanak-kanak

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan guru berkenaan dan menyifatkan Skibidi Toilet sesuatu konten yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.

Selain itu, ada juga yang menyenaraikan beberapa lagi konten atau kartun lain yang tidak bersesuaian seperti Happy Tree Friends, Poppy Playtime dan banyak lagi.

Malah ada yang menyifatkan mereka yang sudah berusia 35 tahun juga rasa kemurungan selepas menonton video Skibidi Toilet.

“Anak saya suka sangat nyanyi Skibidi Toilet.. penat dah nak marah.. macam mana nak buat, baru 4 tahun”
“Happy Tree Friends lagi ganas cerita kartun binatang, dah besar jadi orang juga, cuma makin besar makain diuji dengan sekeliling itu je”
“Anak saya pun tengok cerita Skibidi tu dan permainan orang lidi lawan-lawan dan kerat-kerat siap ada warna darah. Ada yang suka lukis-lukis kartun biru ada taring tu.. lupa dah nama dia.. memang saya beri amaran jangan tengok atau lukis cerita-cerita atau permainan macam tu..”
“Skibidi tu memang bahaya, setiap kali anak pasang YouTube dekat televisyen saya akan pastikan dia tak tengok Skibidi tu”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.