fbpx
Now Reading
Pekerja Di Australia Kini Berhak Abai Panggilan Atau Mesej Majikan Lepas Waktu Kerja

Pekerja Di Australia Kini Berhak Abai Panggilan Atau Mesej Majikan Lepas Waktu Kerja

Selain Australia, terdapat negara lain yang juga telah menguatkuasakan undang-undang sama antaranya Perancis, Jerman, Itali dan Kanada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lazimnya, setiap pekerja melaksanakan tugas dan berinteraksi dengan majikan atau rakan dalam tempoh waktu bekerja.

Selepas tempoh tersebut, individu akan melakukan perkara yang melibatkan hal peribadi dan kebajikan keluarga.

Namun tidak dapat dinafikan, ada di antara mereka terpaksa melayan majikan di luar waktu kerja bagi membincangkan isu berkaitan sehingga menganggu work-life-balance.

Harus diakui, amalan sebegitu sememangnya menganggu kehidupan peribadi seseorang apatah lagi masa lebih banyak digunakan hanya untuk kerja semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

Majikan Mula Hubungi Pekerja Luar Waktu Pejabat Sejak COVID-19

Bagi melindungi individu yang bekerja, Australia telah menguat kuasakan Right To Disconnect di mana pekerja mempunyai hak untuk tidak membalas panggilan atau mesej majikan mereka di luar waktu bekerja.

Menurut Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Australia Michele O’Neil, undang-undang yang mula berkuat kuasa pada 26 Ogos yang lalu bertujuan untuk membolehkan pekerja mempunyai kehidupan peribadi yang seimbang antara kerja dan keluarga.

Malah, mereka tidak perlu risau memikirkan hal kerja ketika meluangkan masa bersama keluarga.

Jelasnya, amalan bekerja dari rumah ketika pandemik Covid-19 melanda telah menyebabkan waktu kerja menjadi tidak terbatas.

Ini di mana majikan mula membiasakan diri dengan menghubungi pekerja melalui e-mel, mesej atau panggilan telefon pada bila-bila masa.

Namun, amalan itu dilihat telah menjadi kebiasaan walaupun pandemik Covid-19 telah berakhir.

Pilihan Tidak Balas Bergantung Kepada Beberapa Faktor

Menurut Fair Work Commission, seorang pekerja itu boleh tidak membalas mesej & panggilan majikan serta individu lain yang berkaitan dengan hal kerja.

Namun, ia bergantung kepada beberapa faktor tertentu antaranya seperti berikut:

  • Sebab komunikasi atau cubaan komunikasi
  • Cara dan gangguan dibuat serta tahap gangguan terhadap pekerja
  • Peranan dan tanggungjawab pekerja itu sendiri
  • Keadaan peribadi pekerja terutamanya berkaitan keluarga
  • Pekerja sememangnya diberi bayaran atau pampasan untuk bersedia atau bekerja lebih masa.

Majikan Masih Boleh Berhubung Dengan Pekerja

Walaupun undang-undang yang digubal pada Februari lalu membenarkan seseorang untuk tidak respon kepada majikan namun majikan masih boleh menghantar mesej atau membuat panggilan.

Bagi firma kecil yang hanya mempunyai pekerja bawah 15 orang, undang-undang tersebut hanya berkuatkuasa pada 24 Ogos 2025.

Sekadar info, selain Australia, terdapat negara lain yang juga telah menguatkuasakan undang-undang sama antaranya seperti Perancis, Jerman, Itali dan Kanada.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.