fbpx
Now Reading
Rimas Usia 23 Tahun Masih Dikawal Bapa & Tak Dapat Balik Lewat Malam, Ramai Nasihatkan Wanita Ini

Rimas Usia 23 Tahun Masih Dikawal Bapa & Tak Dapat Balik Lewat Malam, Ramai Nasihatkan Wanita Ini

Luahan wanita itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai apabila ada yang memintanya untuk bersyukur kerana masih mempunyai bapa yang prihatin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan ketika berada di usia remaja, segelintir daripada kita tidak sabar menanti dewasa hanya kerana inginkan kebebasan dalam melakukan pelbagai perkara.

Malah ada juga beranggapan apabila menginjak ke usia dewasa ia adalah tiket buat seseorang untuk mendapatkan kebebasan diri tanpa perlu ditentukan oleh sesiapa termasuklah ibu bapa.

Namun ada segelintir yang sangkaannya meleset apabila kebebasan yang diimpikan tidak berjaya diperolehi apabila mempunyai keluarga yang disifatkan sebagai ‘protective’.

Wanita luah rasa tak puas hati dan rimas masih dikongkong bapa walau dah berusia 23 tahun

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita yang berusia 23 tahun ini apabila meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap bapanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Jalal Misai di X, wanita itu bertanya adakah ia satu keputusan yang baik sekiranya dia ingin melarikan diri dari rumah.

Lepas balik kerja di suruh balik rumah

Ia susulan wanita itu merasakan dirinya seperti dikawal ketat oleh bapanya selain tidak dibenarkan pulang lewat termasuklah ‘mengopi’ selepas selesai waktu bekerja.

“Korang bayangkan.. aku balik kerja tutup pukul 10 setengah malam pun terus kena balik rumah.

“Jangan harap lah nak ngopi (pergi minum) dulu dekat kedai makan.. Kalau tak nanti ayah aku start kereta pergi cari aku. Korang rasa?

“Aku tak tahu sampai bila nak hadap benda merimaskan macam ni.. nak kata aku ni budak-budak tapi umur pun dah 23 tahun haih bencinyalah asyik kena kongkong,” ujarnya dalam satu hantaran.

Turut sindir netizen yang beri nasihat dan burukkan lagi ayah

Menurut Jalal Misai, hantaran asal wanita berkenaan telah diambil dari aplikasi Threads. Dakwanya, wanita itu turut menyindir segelintir netizen yang memberi nasihat kepadanya malah turut memburukkan ayah sendiri.

Melihat di ruangan balas, ramai yang menasihatkan wanita berkenaan dan berpendapat apa yang dilakukan oleh si ayah bukanlah satu kesalahan sebaliknya dia (ayah) hanya bersikap ‘protective’ demi memastikan anak berada dalam keadaan selamat.

Malah sejak akhir-akhir ini kita juga banyak membaca dan mendengar beberapa laporan mengenai kejadian jenayah, individu hilang dan sebagainya.

Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat sekiranya wanita itu enggan rasa dikawal atau dikongkong oleh ibu bapa dia boleh menyewa di rumah lain.

Selain itu, ada juga mengatakan si ayah hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak perempuan yang masih belum berkahwin.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar wanita tersebut bersyukur kerana memiliki ayah yang masih mengambil berat serta prihatin terhadapnya.

“Sampai tahap tu parent dia jaga dan sayang, bawa bersyukurlah”

“Selagi awak duduk di bawah atap rumah saya, ikut peraturan saya”
“Faham sangat rasa rimas. Tapi lebih baik pandang positive. Bersyukurlah, masih ada ayah yang prihatin, risau dan sayang akan kita. Sekarang memang rasa merimaskan. Takut nanti dah tak ada jadi rindu pula. Tapi kalau tak tahan jangan panjang cerita, tambah dosa. Pindah je keluar”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.