fbpx
Now Reading
“Tak Semua Boleh Layan Dengan Baik”- Gelagat ‘Mak Guard’ Santuni Anak Istimewa Raih Pujian [Video]

“Tak Semua Boleh Layan Dengan Baik”- Gelagat ‘Mak Guard’ Santuni Anak Istimewa Raih Pujian [Video]

Difahamkan, di sekolah tempatnya bekerja terdapat ramai kanak-kanak autisme namun hanya Mei Kie yang rapat dengan dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ditanya kepada individu bekerja, masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dalam menghadapi alam pekerjaan.

Bagi kebanyakan orang, selain daripada tugasan, cabaran lain yang sering dihadapi adalah kerenah individu seperti bos atau rakan di tempat kerja.

Wanita Kekal Tenang Layan Kanak-Kanak Istimewa

Berbeza pula dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang terletak di Jinjang, Selangor apabila dia bukan sahaja menjaga keselamatan sekolah bahkan rajin melayan murid autisme.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @ciknanaa_, dia berkongsikan momen ketika melayan seorang murid perempuan yang juga merupakan anak istimewa.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat kanak-kanak yang dikenali sebagai Mei Kie bermain dan bergurau dengannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah Mei Kie yang berusia tujuh tahun itu dilihat bersahaja meletakkan pelekat pada pipi wanita berkenaan.

Namun, wanita yang membahasakan dirinya sebagai aunty Nana dilihat kekal tenang dan terus melayan anak istimewa itu.

@ciknanaa_tiktokshop

Membalas kepada @Kak Noi ini laa hari hari kakak nana layan dia,bila dia dtg mood tk baik dia nangis jgk.tp jarang laa.dia pandai ckp itu salah 1 sbb knp sy suka layan dia,7 thn dh pandai ckp melayu,12 thn pun masih ramai murid tk th ckp melayu..

♬ bunyi asal – Cik NaNaa – Cik NaNaa

Anak Istimewa Berani Datang Berjumpa Dengan Aunty Nana

Kongsi Cik Nana lagi, hanya kanak-kanak itu sahaja yang berani datang kepadanya ketika waktu rehat.

“Hari-hari aunty Nana kena buli dengan Mei Kie. Kita layanlah anak comel ini. Hanya dia je yang berani datang bila waktu rehat.

“Murid lain tak berani sebab aunty Nana garang, ini budak aunty Nana pun dia tak takut, dia gelak jer. Dia tahu aunty Nana tak boleh nak marah dia,” tulisnya di video tersebut.

Menerusi video berasingan, dapat dilihat Mei Kie sememangnya suka bergurau dengan Cik Nana.

Ada ketika, anak istimewa itu mengusap pipi dan memuji wanita itu. Mei Kie juga dilihat rajin bersembang dan bergurau dengan mak guard kesayangannya itu.

Difahamkan, sekolah tempatnya bekerja sememangnya ramai kanak-kanak yang menghidap autisme namun hanya Mei Kie yang rapat dengan dirinya.

“Anak autisme kena layan la, tak layan dia mengamuk. Sekolah Cik Na jaga ni ramai juga anak autisme,” tulisnya lagi.

@ciknanaa_tiktokshop

Mei kei oo mei kei,kau buli anti nana ya😩layan jer risau tk layam moody dia mai satu kolah ni kecoh dia nangis.

♬ bunyi asal – Cik NaNaa – Cik NaNaa

Pengguna Media Sosial Puji, Tak Ramai Mampu Beri Layanan Baik

Video yang telah mendapat lebih 450 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata mereka memuji tindakan pengawal kesematan wanita itu yang dilihat sabar dalam melayani kerenah anak istimewa itu. Ini kerana bagi mereka tidak semua orang mampu berbuat demikian.

Tidak kurang juga ada yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mendoakan agar wanita itu dikurniakan ganjaran atas kebaikan yang dibuat.

Apa Itu Autisme?

Sekadar info, autisme merupakan satu keadaan di mana interaksi sosial individu terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Memetik Hello Doktor, ia boleh dikesan seawal peringkat bayi berdasarkan tanda-tanda berikut:

  • Usia tiga bulan: tidak senyum, mengenggam atau memegang objek.
  • Usia enam bulan: tidak atau kurang memandang orang. Tidak ketawa atau menjerit
  • Usia sembilan bulan: tidak mengeluarkan bunyi atau lakukan ekspresi muka.
  • 12 bulan: masih tidak boleh berjalan, tidak meniru perbuatan atau kata-kata orang lain, sukar untuk bercakap.
  • 16 bulan: tiada tanda-tanda anak ingin bercakap atau lambat bercakap.
  • 24 bulan: tiada babbling seperti bayi lain, tiada respon bila nama dipanggil, tidak mahu melambai.

Dari sudut perubatan, tiada ubat atau penawar yang boleh merawat autisme. Golongan ini memerlukan rawatan disiplin atau terapi yang melibatkan pakar berbeza.

Namun, mereka boleh dibantu dengan memberi kemahiran menguruskan diri dan berkomunikasi dengan orang lain antaranya melalui terapi pertuturan bahasa dan cara kerja.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Terima Kasih Akak Layan Anak Kami Dengan Baik, Banyak Pahala Akak Layan Kerenah Anak Istimewa”

“Tak Semua Orang Boleh Layan Anak Autisme Baik Macam Ni,Lebih Lagi Kalau Bukan Anak Sendiri”

“Anak Saya Autisme Kak, Kalau Dia Selesa & Sayang Dengan Orang Tu Walau Bukan Keluarga, Memang Akan Suka Melekat”

“Bila Budak Tu Selalu Datang Dengan Kita, Itu Tanda Dia Selesa”

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Gila, Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Ilmu Fiqh Autism [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Autisme Pecah Rekod MBR, Berjaya Kenal Pasti 198 Bendera Kurang 10 Minit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.