fbpx
Now Reading
Tular Wanita Pura-Pura Nak Beli Sebelum Bawa Lari Gelang Emas [Video]

Tular Wanita Pura-Pura Nak Beli Sebelum Bawa Lari Gelang Emas [Video]

Menerusi perkongsian di X, wanita berkenaan didakwa mencuri sebanyak 2 utas gelang tangan emas sebelum bertindak melarikan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes kecurian bagaikan tiada henti, apabila setiap hari ada sahaja laporan mengenainya dilaporkan.

Malah ada pelaku yang terus melakukan jenayah meskipun tahu mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Wanita didakwa mencuri barangan emas di Selayang Baru

Baru-baru ini, tular video seorang wanita yang dipercayai melarikan dua utas gelang emas di kedai Tukang Emas Sinar Murni, Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan, awalnya wanita berbaju merah jambu itu dilihat masuk ke premis sebelum duduk dan membelek beberapa barangan kemas.

Larikan 2 utas gelang emas sebelum naik kereta Yaris

Namun selepas beberapa minit dia yang dilihat berbual dengan jurujual sambil membelek barangan kemas terbabit secara tiba-tiba berlari keluar dari premis dan masuk ke dalam sebuah kereta Toyota Yaris berwarna putih.

Sebaik memasuki kenderaan tersebut, kereta itu dilihat segera beredar dari kawasan berkenaan untuk melarikan diri.

Bawa lari 2 utas gelang emas

Menerusi video yang dikongsikan @mynewshub, ia mendakwa pelaku telah membawa lari sebanyak dua utas gelang emas.

“Dia ambil masa bertanya dan memilik untuk meyakinkan penjual yang dia benar-benar ingin membeli.

“Mohon orang ramai untuk sebarkan agar si pelaku segera ditangkap. Tengah hari 26 Ogos berlaku satu kes kecurian di kedai Tukang Emas Sinar Murni, dua utas gelang tangan berjaya dilarikan oleh seorang wanita,” tulisnya.

Kedai Emas turut kongsi wajah dan nombor plat si pelaku

Dalam pada itu, di akaun Instagram rasmi Tukang Emas Sinar Murni turut berkongsi beberapa foto pelaku dan kereta Yaris yang dinaikinya.

“Mohon orang ramai untuk menyebarkan agar si pelaku segera ditangkap dan kami berharap semua kedai emas berwaspada,” katanya di ruang kapsyen.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi atau maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.