Berang Diganggu, Kek Jadi Mangsa. Aksi Gadis Ini Jadi Perhatian [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah rakan lelakinya terus menganggu gadis itu dengan cara mencucuk berkali-kali sepotong kek coklat di hadapannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu.
Selain berfungsi sebagai medium perhubungan, ia juga dijadikan sebagai platform bagi seseorang untuk merakam dan berkongsi momen indah kepada pengikut masing-masing.
Antara yang paling biasa dilakukan adalah dengan merakam gambar makanan lebih-lebih lagi jika hidangan itu kelihatan unik dan cantik.
Kadangkala, orang sebegini sering menjadi bahan usikan rakan rapat jika keluar bersama kerana sikap mereka yang sering mengambil masa lama untuk merakam gambar sebelum makan.
Tidak semua namun ada yang tidak mampu menahan gurauan sebegitu apatah lagi ketika sedang fokus melakukan perkara tersebut hingga boleh mengundang kemarahan.
Rakan Lelaki Ganggu Gadis Ketika Rakam Gambar Kek
Begitulah yang berlaku dalam sebuah video yang dikongsikan semula menerusi akaun Facebook Hikmah Viral.
Melalui video yang dimuat naik, kelihatan seorang gadis bertindak di luar batas selepas rakan lelakinya menganggu dia ketika sedang bergambar.
Pada mulanya, kelihatan gadis berkenaan sedang fokus merakam gambar dua potong kek yang dipesan olehnya dan rakan-rakan.
Ketika itu, kedengaran seorang lelaki yang dipercayai rakannya bertanyakan soalan adakah dia sedang merakam gambar.
“Kau ambil gambar ke?” tanya rakan lelaki gadis berkenaan.
Gadis itu terus mengangguk tanda mengiyakan apa yang ditanyakan oleh rakan lelakinya.
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu terus menganggu gadis berkenaan dengan cara mencucuk berkali-kali sepotong kek coklat di hadapannya.
Tepuk Kek Sampai Hancur Selepas Diganggu Rakan
Tindakan lelaki itu nyata mengundang rasa berang dalam diri gadis berkenaan hingga dia bertindak memukul sepotong kek di hadapan rakan lelakinya itu hingga hancur.
Reaksi spontan gadis tersebut nyata mengejutkan lelaki itu dan rakan-rakannya yang lain.
Malah, di akhir video berkenaan dapat dilihat riak wajah lelaki berkenaan yang seolah-olah tidak menyangka namun masih tetap menikmati kek tersebut walaupun telah hancur.
Cari pasal weyh , Sampai hancur dia balas 😰 🎥zulsempoi_
Posted by Hikmah Viral on Wednesday 28 August 2024
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 2,000 tanda suka nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan tindakan spontan gadis berkenaan.
Kebanyakan daripada mereka berpuas hati dengan balasan gadis itu atas apa yang dilakukan oleh rakan lelakinya.
Namun, ramai juga mengecam tindakan mereka berdua yang dilihat seolah-olah tidak menghormati makanan hingga sanggup bertindak sedemikian.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Mendapat Kau Dik, Kacau Perempuan Healing”
“Kesian Budak-Budak Sekarang, Tak Hormat Rezeki”
“Adab Lebih Penting Dari Ilmu, Hormat La Makanan Perempuan Tu, Memang Sepadan Apa Yang Kau Dapat”
“Gila Rezeki Buat Macam Tu, Kau Tak Rasa Cari Duit Tu Susah Wei”
“Semua Biadab, Sedih Bila Tengok Makanan Jadi Macam Tu”
Baca Artikel Berkaitan: