Keunikan & Kecantikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang Ini Curi Tumpuan Ramai [Video]
Masjid yang terletak di Bandar Botanik, Klang itu berkeluasan 2.98 ekar dan boleh menampung sehingga 1,000 jemaah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan antara salah satu negara yang mempunyai banyak rumah ibadah seperti masjid, kuil, tokong dan gereja.
Hal ini kerana negara ini diduduki oleh rakyat yang berbilang bangsa dan agama, namun kekal hidup bersama secara harmoni.
Apa yang lebih menarik lagi, sesetengah rumah ibadah di negara ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang unik dan menarik.
Baca Artikel Berkaitan: Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]
Masjid berciri seni bina Cina di Klang
Seperti baru-baru ini, sebuah masjid yang baru dibuka di Selangor pada 22 Ogos lalu telah mencuri tumpuan ramai kerana reka bentuknya yang berciri seni bina Cina.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @matakelangit97, rumah ibadah itu dikenali sebagai Masjid Jamek Cina Muslim Klang.
Di dalam video tersebut, kelihatan masjid itu mempunyai menara unik selain dilengkapi dewan solat berbumbung jubin tradisional manakala kaligrafi Cina menghiasi ruang mihrab.
Masjid berkeluasan 2.98 ekar dan boleh tampung sehingga 1,000 jemaah
Memetik SelangorKini, masjid yang terletak di Bandar Botanik, Klang itu berkeluasan 2.98 ekar dan boleh menampung sehingga 1,000 jemaah.
Masjid empat tingkat itu bernilai RM30 juta dan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, bilik kuliah, bilik persinggahan, kedai cenderamata dan restoran.
Difahamkan, pembinaan rumah ibadah itu dibiayai oleh Kerajaan Selangor, Persatuan Cina Muslim Malaysia selain turut mendapat sumbangan orang ramai selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan pada Mei 2019.
Video berdurasi 30 saat itu meraih lebih 660,000 jumlah tontonan dan 52,100 tanda suka di TikTok.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengakui kecantikan masjid terbabit.
Tidak hanya itu, ada yang menyatakan pernah melalui jalan berdekatan masjid berkenaan, namun tidak pernah menyangka bangunan tersebut adalah rumah ibadah umat Islam.