Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Panggil ‘Raja Bomoh’
‘Raja Bomoh’ sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina pada tahun 2017.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, hari ini (29 Ogos), pencarian mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Vijaya Lakshmi telahpun memasuki hari ketujuh.
Walaupun telah pelbagai cara dilakukan termasuk teknik flushing dan jetting oleh pihak berkuasa seperti Bomba dan Indah Water Konsortium (IWK) namun tiada sebarang tanda baharu ditemui.
Ekoran daripada ini, ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin telah menawarkan diri bagi mencari mangsa yang hilang dengan cara mencampakkan sesuatu yang berbalut kain putih dan diikat dengan kain berwarna kuning.
Difahamkan, benda tersebut perlu dicampakkan ke dalam lubang benam berkenaan bagi memudahkan urusan pencarian mangsa namun permintaanya tidak diizinkan pihak berkuasa.
Malah, menerusi video yang dikongsikan di platform media, dia turut dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi kejadian.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Raja Bomoh’ Muncul Kembali, Tawar Diri Nak Bantu Cari Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India [Video]
Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Panggil Raja Bomoh
Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil Raja Bomoh susulan kehadirannya ke lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Jelas Mohd Na’im, ia bertujuan bagi memberikan nasihat tentang batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada kehinaan agama Islam.
Tambah beliau, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum dengan kegelisahan umat Islam dengan kehadiran lelaki berkenaan ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa.
Pernah Didakwa Di Mahkamah Syariah, Jalani Konsultansi Akidah
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi milik Mohd Na’im, beliau memaklumkan Ibrahim pernah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina pada tahun 2017.
“Individu tersebut membuat pengakuan bersalah. Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” katanya.
Malah, sekitar tahun 2022, dia juga pernah disiasat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
Baca Artikel Berkaitan: Raja Bomoh & Puteri Zaleha Didakwa Di Mahkamah Syariah
Seru Agar Umat Islam Tidak Terpengaruh Dengan Aktiviti Ritual
Pada masa yang sama, Mohd Na’im menyeru agar semua umat Islam agar tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti ritual yang bertentangan dengan agama Islam.
Sebelum ini, Ibrahim pernah menjadi perhatian ramai apabila dia cuba membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Pada ketika itu, dia menggunakan beberapa kaedah dan bahan seperti buah kelapa dan teropong bagi mencari pesawat berkenaan.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEHADIRAN IBRAHIM MAT ZAIN DI LOKASI…
Posted by Dato' Setia Dr. Naim on Wednesday 28 August 2024
Baca Artikel Berkaitan: